Mimpi apa update blog?... kan? Orang selalu tanya camtu kalo tetiba buat sesuatu yang jarang kita buat.
Memang... aku memang bermimpi sebab tu aku update blog aku. Semalam aku mimpi aku dapat komen tanya kenapa tak update blog dan dia akan selalu jenguk blog aku w/pun bersawang katanya... sebenarnya, realitinya takde sapa komen pun.
Hari ni hari lahir anak sulong aku.. yang ke 17 tahun. Malam tadi aku sms dia wish birthday... tapi aku yang menangis beria-ria. Dia cuma jawap terima kasih emak dan sayang mak sangat2... aku baca, aku menangis lagi. Bangun pagi tadi, aku menangis lagi. Sekarang aku pun menangis lagi. Mencari jawapan kenapa aku rasa sayu sangat.
Anak lelaki inilah...lelaki yang aku jatuh cinta sangat tatkala pertama kali memandang matanya. Ketika mengandungkan dia, aku rasa aku tak bersedia untuk punya anak, baru bulan pertama kawin aku disahkan mengandung. Tak sempat nak cari keje baru kat tempat baru.
Ketika melahirkan dia... ini kali pertama rasa sakit bersalin. Sangat sakit sehingga aku rasa aku kata dalam diri, jika aku tahu sakit beranak begini, aku tak mahu beranak! Aku tak nak anak!
Kan?..... Tuhan itu Maha mengetahui.... bila dia lahir jer..dan misi letak di atas perot aku ketika mahu memotong tali pusat.. mata anak kecil ini berkelip2 perlahan memandang aku... Ya Allah..... aku jatuh cinta dengan kejadian ini. Terasa jiwa dia terus mengalir dalam jiwa aku.
Peristiwa itu terus kekal dan utuh dalam minda aku... sampai lah saat ini usianya dah 17 tahun dan tetap akan aku ingat sehingga aku mati.
Kepada Mohammad Firdaus...
Mak sentiasa akan doakan yang terbaik untuk anak mak. Mak tidak keberatan menyokong apa jua pilihan dan jalan hidup Aus.. tapi buatlah yang terbaik..cuma jangan pilih jalan yang memusnahkan kehidupan. Aus adalah harapan buat mak untuk menjaga keluarga dan adik-adik di masa depan.
Maafkan mak tak dapat bagi hadiah yang Aus mintak pada hari ini. Mungkin di lain hari... bukan hari jadi pun kalo ada kemampuan mak akan bagi yang terbaik untuk anak mak.
'SELAMAT HARI LAHIR'