Tuesday, 18 February 2014

gambo2 Tg. Sedili aku datang lagi...


First2 aku singgah Telok Mahkota....  kucing banyak kat sini..... Ini versi Punton... 
oh... how i miss my Punton... tak jumpa2 sampai sekarang.



Pantai Telok Mahkota... tak berapa ramai orang.  

Ada jugak 2-3 lokasi lain selain Teluk Mahkota untuk beristirehat.


Anak dara aku tanya kenapa singgah, tak mandi laut... giler ko...laut bergelora taim ni... lagi pun aku takde rancangan nak pegi bermandi-manda.


Lebih kurang macam Desaru nyer pantai... cuma Desaru pasirnya putih.  Ini campur2.


Jason Bay Resort.  Lama dah bertapak Resort ni..dari aku kecik.



Chalet pun style lama lagi...



Kan?.... Macam lama sangat.... seram tak? seram tak?...

Anak sulong aku menakutkan adik2nya bila nengok gambo ni balik... 
"Ada apa kat tepi pokok tu?... yang kat tingkap rumah tu?"

Mengelatat yang lain nyorok belakang aku.
"Gambo jer kannnn?!!!" geram aku, masing2 terpaut2 aku.



Ada gambo rumah tu yang aku close-up. 

Ada nampak apa2 yang lain ke?...pada aku takde!




Kalo rasa nak bersunyi2, boleh datang resort ni...


Kucing tetap banyak....


Ini kat Jeti Tg. Sedili... 


Jambatan yang menghubungkan ke Sedili Kecil.
Dulu aku naik bot penambang ke sana... takde jambatan ni....


Kucing itam Tg. Sedili


Kucing mengambil angin di Jeti


Ini ada homestay, kalo nak stay sini...ini kat bandar Tg. Sedili.... 

Kami tengah makan kat kedai seberang... oklaaaa... setakat makan jer... sebab tu takde gambo!


Kucing kat kedai makan.


Muara sungai Tg. Sedili... 

Kami berkejaran nak ambek gambo sunset... rupanya sunset sebelah sana.. belah hutan belantara... tak sempat pun nak kejar... cepat sangat waktu berlalu.



Dan.... baliklaaa... dah kol 7.. Gelap2 kang anak2 aku jenis penakut... daripada aku tak takut terus jadi takut sebab soklan mereka yang menakutkan.

"Mak.... kita lalu jalan ni, nanti....boleh tak terjumpa pontianak?"

Tak ngeri soklan????