Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, 28 February 2015

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

BAHAN-BAHANNYA

2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan

1 biji bawang besar, hiris berangkai

1/2 cawan jus asam jawa

Gula dan garam secukup rasa



1 1/2 senduk nasi cili kisar

6 biji bawang merah dikisar halus

2 ulas bawang putih dikisar halus

1/2 inci halia dikisar halus

3.4 inci belacan dikisar halus

CARA

Panaskan minyak dalam kuali,
tumis bahan kisar halus hingga harum, 
tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. 
Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka)
Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
Masukkan ikan bilis dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. 
Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

Aku copy paste dari fesebuk jer... TQ yek... 

Aku selalu buat...pejam mata pun boleh buat.. aku buat sambal basic banyak2.. tapi tak taruk halia.  Nanti aku try resepi ni, dan letak gambar kalo dah buat.

LAKSA JOHOR


LAKSA JOHOR

Bahan A :

1 kg ikan kembung -direbus & diambil isinya
500 gram ikan parang / ikan tenggiri -direbus & ambil isinya
(ambil air rebusan ikan) - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa)
500 gram udang basah -direbus dan diambil isinya
(air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air)
3 keping ikan kurau masin
4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah
1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.

Bahagian B :
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
2 cm kunyit
1/2 keping belacan
9 sb ketumbar
3 sb jintan putih
3 sb jintan manis
1 peket kecil kerisik ( saya tambah sendiri )
Kesemua bahan B di atas dikisar halus.

Bahan C :
1 kepal/genggam asam jawa
1 cawan air - air asam jawa
(kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)
2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya (boleh gunakan santan kotak)
3 sb gula melaka
1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)
ajinomoto, gula, garam secukup rasa
1 paket rempah kari ikan (jika suka)
Minyak secukupnya untuk menumis

Spaghetti :
Direbus 

Ulam-ulaman laksa :
limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan ( campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan Bahan B hingga wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.
5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.

Aku copy paste dari fesebuk jer... TQ yek... 

Rasa macam nak buat tapi macam leceh.... Kalo ada gambo kat sini.... Maknanya aku dah buat laaa.....

Thursday, 26 February 2015

MASAK LEMAK CILI API - TELUR IKAN MAYONG

Kan.... tetiba update blog terus memasak!

Aku kesian nengok blog aku ni... senyap sunyi jer... cengkerik pun takde nak berbunyi.  


Jadi nyambil-nyambil aku buat invoice kat pejabat, aku update blog, letak masakan dan resepinya sekali. Manalah tau... ada kesudian di hati korang nak memasak. Ramainya nengok resepi.. nengok gambo, pastu nan hado memasak noksss...


Kalo yang pemalas macam aku, leh tiru cara aku masak.  Kalo boleh semuanya nak instant.  Mana yang tak boleh disegerakan terpaksalah dihadap jua walopun malas.

Ini gambo telur ikan Mayong.  Aku tak beli, orang bagi.


Resepi untuk 2 orang


Bahan:

Telur ikan Mayong (ikut suka la byk mana)
1 kotak santan (200 g) + 200 ml air
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih* - xletak pun takpe
10 biji cili api* (boleh lebih kalo nak kebas bibir macam mungil bibir negro)
1 batang serai (dititik)
serbuk kunyit, garam & aji
5 biji belimbing buluh dibelah 2 (kalo takde, letak 1 asam keping)


Cara:

o Kisar bahan bertanda (*).. (jadi aku jarang lah nak menumbuk pakai lesung)
0 Masukkan kedalam periuk bersama santan dan telur ikan, serbuk kunyit & serai
o Didihkan di atas api perlahan
o Bila telur ikan dah berubah texture macam kenyal sikit masukkan garam dan aji secukup rasa.
o Masukkan belimbing buluh.
o Tutup api.


.. sedia untuk dihidang.. 



Nak kata aku suka lauk ni, tak jugak... bolehlah makan... telur ikan mayong ni macam kenyal2 jer.  Tak tau ler kalo aku yang tak pandai masak.


Aku kalo nampak kat pasar pun mende ni, aku tak beli, bila orang bagi... barulah aku masak dan makan.

Makan sampai bonchet!!!!