Kalo aku peram cerita anak-anak kucen aku ni lagi... maka tajuk di atas perlu tukar kepada BAPAK MAK TUCEN TOMEY.
Kucen ada musim mengawan ke?.. Aku tak pasti la pulak, tapi umah aku berlumba-lumba ibu2 kucen beranak dalam waktu-waktu terdekat jer.
Hari tu aku ada 12 ekor anak kucen...2 dah mati maka tinggal 10 ekor. Cuba korang pejam mata dan bayangkan yang 10 ekor tu membesar bak johan. Perrrhhhhhh.... Bayangkan lagi sekor kucing berak 2 longgok 1 hari dalam bilik air.. maka ada 20 longgok taik kena bersihkan sari.
Nak tambah lagi sengsara... kiraan kucen2 yang sedia ada ialah 9.
10 + 9 = 19
19 x 2 taik = 38 taik
Hahaha... Sengsara sebab mengira taik dalam bilik air. Bab bagi makan tu tak sengsara sangat sebab ada jer orang sedekah ikan kat umah mak aku ni...
Sebenarnya.. kucen2 k-pup aku tu semua mati berikutan insiden aku merajuk. Malas nak cerita kat sini.. Kang ada yang merajuk pulak bila dengar cerita aku. Kalau ada yang K-pup tu.. lagi bertambah2 sengsara mengira taik.
Ok... kita layan gambar tucen tomey sambil bercerita.
Ini Samdol.. dah tak anak kucen lagi.. dah remaja. Tapi nak cerita pasal Samdol kat last episod nanti.
Kembang menjuarai ibu kucen beranak paling kerap. Asal anak beso sikit jer.. tak sempat nak bagi ragi.. dah melandung balik. Petua mak aku bagi makan ragi gaul dengan nasik akan menjarakkan masa mengandung semula.
Kali ni nasib baik anak2nya 3 ekor jer... selalu 4,5,6 ekor....
Aku bagi nama anak2 kucen kali ni.. yang nama macam k-pup tu...tak serasi kot. Bagi nama kampung dan melayu sket laa.. Nama yang ni ialah MOMOT...
Comotkan kaler bulu dia?
Yang ni.. aku bagi nama SPRING.. takde kaitan dengan kumpulan wrrokkk itu.. cuma sebab ekornya bersimpul-simpul.
Yang ni aku bagi nama ULAT... bukan sebab macam ulat beluncas tu... tapi perot dia paling bulat antara yang lainnya. Pelat BULAT..ialah ULAT kan?
Yang ni aku chop. Mulu2 panjang2 dan halus2.
Tomey kan?... ini muka baru beranak.. Ibunya ialah Pulley... anak Kembang dulu.. Maka ini cucu Kembang lah.
Beranak hari Ahad.. aku ada la...Sebelum beranak, pagi tu mak aku soh bagi makan si Pulley ni dulu... "Bagi yang mengandung ni makan dulu... mana tau beranak pulak nanti takde tenaga nak meneran.".. gitu ko..prihatin sungguh mak aku.
Memangpun dalam jam 11 pagi gitu..mulalah mencakar sana sini..kuar masuk bilik.., aku pun arah anak aku pulak soh sediakan raga beralas suratkabar. Maka beranak ler si Pulley ni di hadapan aku.
Sudah dibersihkan tempat beranak.. ada 4 ekor.

Tak de nama lagi. Tak sempat nak pikir. Baru masuk 2 minggu ni.
Ini anak-anak si Neni Muka Jaki. Beranak seekor diri masa aku balik cuti weekend lepas Raya Haji. Bergolek2 anak di atas lantai...tepi langsir umah aku.
Sekor dah mati kelmarin. Si Neni tak abeh2 mengubah anak sana sini. Sampai aku malas nak layan.
Aku dah letak dalam raga dalam bilik aku lagik... ubah jugak.. tak tau mana dia nak letak anaknya. Sekarang dia letak anak dia celah beg dalam stor. Lantak ko situ... Sekor jer kan?
Muka mengenang nasib diri.. menumpang ibu orang.
Tak abeh dengan anak2 kucen sendiri... ayah aku bawak balik anak kucen orang buang, 3 ekor. Dah 2 hari berhujan panas takde sapa nak ambek.. buang anak2 jer.. ibu takde lak tu.. tengah menyusu ni. Kesian punya pasal...dan pikir ada ibu kucen leh ditumpangkan maka... mak aku setuju ambek anak2 kucen tu...
Kena persetujuan mak aku gak.... sebab pertambahan dari 38 longgok taik tu.. selalunya mak aku yang kena cuci, w/pun berak di bilik air... kucen tak reti nak basuh... apatah lagi menarik tali jamban.. dan membubuh sabun.
Nak tumpang anak kucen pun kena persetujuan ibu kucen jugak.. Kena pujuk2 jugak. Pulley mula2 marah anak angkat nya itu.. lama2..aku tenyeh2 ke badan dia...tenyeh ke anak2 dia.. maka bau dah bercampur aduk... dia terima gak.
Kucen dah besa sikit maka dia mengkonker segala tetek2 yang ada.
Ini aku bagi ke Kembang. Kembang takde marah, takde apa.. terus jilat2 anak kucen yang lencun tu.. bapak aku ambek masa hujan lebat. Kesiankan? Aku bagi Kembang 2 ekor. Tapi seko tu mati keesokkannya... Dah nampak tak sihat pun.
Bayangkan kita yang manusia ni berujan beribut, berpanas tanpa makanan 2 hari... mahu tak terjelir lidah nak mati.. Inikan anak kucing yang mungkin baru 3-4 minggu usianya. Tak tau camne orang yang buang kucing tu berfikir.
Nak kata berak merata...belom lagi kot... jalan pun masih terkengkang2.. kadang2 mengelungsur tak reti guna kaki lagi.
Entah ler, manusia ni diberikan Allah berlainan jiwa... berlainan rasa. Jika ada yang rasa nyawa binatang tu takde harga..(sebab bukan mereka memberi nyawa.. maka rasanya bukan tanggungjawab mereka) boleh lah dicampak merata.
Dalam pada tu ada juga jiwa2 yang sangat meruntun bila nengok haiwan diperlakukan begitu..(bukan juga mereka yang memberi nyawa) sebolehnya ditolong sebaik mungkin.
Inilah kehidupan!
Episod last edisi kehidupan kucen comey ini ialah......
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
Sudahlah Samdol sudah remajah.. masih menyusu bulu si Puntong lagi. Muka bosan jer Puntong bagi Samdol nyusu bulu...
"Oooiiiiii.... aku jantan laaaaa......." Pekik si Puntong di dalam hati!