Aku rasa aku takde masa nak memasak heavy2 ni... tapi akibat terliur dengan komen2 kawan2 mengatakan tahap kesedapan rendang ini boleh menyebabkan keinzalan, aku buat walopun jam dah pukul 7 petang.
Ini BA la ni.. melampau2 memberi imaginasi seperti mahu menangis bila makan dengan nasik impit.. aku pun dengan kadar segera mencari apa yang patut dan mahu menangis juga bila makan rendang ni.
Lihat kegigihanku!
Balik rumah pukul 7, terus menyediakan ramuan rendang CP ini dan lihat... ia sungguh mengiurkan.
Tahu apa ini? Ini nasik impit versi gulung dengan daun pisang. Aku beli kat pasar yang ready made punye.. mana sempat nak merebus ketupat makcik Nona tu... Seketul berharga RM2.00. Beso. Tak rugi ler nak beli kalau pemalas dan nak cepat.
Letakkan rendang yang dah siap masak ke dalam piring untuk dihidangkan.
Potong nasik impit tadi... kalo korang makan dengan lemang.. ini versi nasik impit rupa lemang.
Tarrraaaaaa!!!!! Hidangkan semoleknya, w/pun nak makan sorang. Ini penambat selera.
Ini yang sebenarnya membuka selera kalau masak rendang... tengkuk dan kaki. Jom cekdu...
Lihat! Menangis tak korang nengok.? Aku makan sampai buntang bijik mata.. tak dapat nak menangis.
Sedap resepi rendang campak2 CP ni.. Tak payah nak perah santan. Aku pasti akan buat lagi. Thenkffssss uolss..
Semenjak ada resepi masterchoi ni.. aku dah buat, kurma goreng tepung zura landak... air kichai ping Lily AA tu... Resepi yang lain2 tu...bakal menyusul. Beskot M & M si makcik kantin tu pun pasti akan dibuat.
Dan... sebenarnya aku memang menangis semalam... Lepas makan sampai membuntal,.. aku terbongkang menggosok perot. Nengok jam dah kol 11.. kacang hijau dah rendam.. nak taknak kena buat tempeyek.
Dan... tempeyek aku tak menjadik! Kenapa keras melentun lak ni..? kol 3.30 pagi aku menangis. Penat! Aku stop buat, tinggal dapo lintang pukang...terus menangis teresak2 di tilam sampai tertido.
Dan... sekarang lapo, tak sahur dan terkenang belen rendang dalam tupperware.. macam nak menangis lagi!