Aku jarang sangat rasa terkilan disebabkan aku tak sempat buat sesuatu kepada seseorang. Menjadi aku, aku selalu ingatkan diri supaya sebolehnya tunaikan permintaan orang. Sampai orang kata, aku terlalu manjakan anak2 dan kawan2. Inilah yang aku tak nak terjadi,.. aku terkilan sebab tak sempat tunaikan hajat kawan aku sebelum dia pergi.
(ambek dari FB kawan aku... tq)
Kalo ada keluarga arwah atau kawan2 aku yang baca ni.... harap maafkan aku kalo ada yang terasa di hati.
Aku kenal dia masa kat ITM.. aku panggil dia "Abang". Banyak sangat benda yang buat aku rapat dengan dia. Mengusik dia merajuk pun menjadikan satu peristiwa kelakar yang sampai sekarang aku ingat.
Masa cuti semester, aku dengan abang Romzi pakat2 tulis surat sesama kami. Bahasanya tentulah lawa...bahasa orang wartawan. Bahasa aku macam rojak katanya. Ingat jugak tu...
Masa aku keje kat Kuantan... bila dia ada keje kat sana.. mesti jumpa aku.. Masa aku duduk jaga anak kat wad HUKM.. dia juga yang datang jengok aku... Sebolehnya dia akan datang jumpa aku kalo ada kesempatan.
Aku?....
Ini yang aku sedihkan sangat... Arwah dah siap2 sms aku soh datang ziarah dia 2 minggu sebelum hari ni... Aku jawap apa.. "Nantilah,... senang2 Ned datang..."
Ajal tak tunggu masa aku senang. Dia dah pergi. Sesaat pun tak bertangguh. Aku kesal sangat. Sedangkan kalo aku beratkan perkara ni,.. aku boleh datang ziarah dia... rakan baik aku... kawan gurau kasar aku...Abang yang mengambil berat tentang aku.
Cuma aku berharap...sebelum dia pergi dia memaafkan segala gurau kasar aku... segala tipu helah aku pada dia... Kata2 kutukan aku pada dia...
Dia terlalu baik sebenarnya... dan kami akrab kerana kehidupan kami. Maaf.
Air mata berjurai2 aku ni, tak boleh nak pusing balik dunia... Semoga rohnya dirahmati Allah.
Al-fatihah.