Monday, 21 April 2014

Bodo ke...vodo ke.. aku dah tukar tempat!

Selalu aku akan tulih dalam diari mende bodoh yang aku buat setiap hari.
Sekarang aku jarang sangat menuleh kat diari disebabkan kemalasan dan kekangan masa santai aku di opis.
Jadi aku tuleh kat sini... takde motip.. saja buat gelak2 diri sendiri.

..................


TAHUN 2014

9/3/2014
Mak apak aku balik kg. Jadik aku jaga sendiri anak2 aku, dah besar pun.

Hari Ahad kan Johor sekolah. Malam tu aku dah beria prepare alarm kat hp. Kol 5 pagi sekali, kol 5.30 , kol 6 dan 6.30.
4 kali alarm tu... takut aku terbabas. Kalo bapak aku ada, kol 4 dia dah bangun.

"Mak... dah kol 6.15 ni" anak dara beso aku kejut. Kelam kabut aku bangun.

Laaa.... napa aku tak sedo bunyi alarm? Aku nengok hp.. betol ada set alarm tu.
Nasib jer sarapan nak sosej goreng. Cepat siapnya. Selesai hantar sume ke sekolah, aku cek semula hp. Kol 6.30 tadi pun senyap sunyi jer..tak berbunyi alarm.  Rosak ke tipon ni???

Tekan sana sini...last2 aku nengok setting balik.  Set alarm on working days.  Kan???? Salah sapa??? sebab aku tak keje hari Ahad!!!!


25/2/2014
Banyak mende vodo yang berlaku sebenarnya dalam harian hidup aku.
Nak update kat sini pun makan masa. Aku malas peruntukan masa semata2 datang sini nak update yang bukan2.
Bak kata "blogger ilmiah", setakat nak update pasal kucing, pasal makan dan tak memberi apa2 faedah pada orang ramai, baik tak payah ada blog!
Tapikkkk... ada aku kesah?. Update jer kalo ada masa.

Ini kesah tak paham bahasa.

Kes 1.
"U nanti kasik tau bank, kita mahu itu 'jaran' kilang, kita mahu copy, kasik fax ka?" Bos aku kasi arahan dalam phone.
"Jaran? Jalan kilang?" Aku tanya balik, tak paham.
"Yayayayaya!!!!"  Terus end call.

Apa pulak nak nama jalan kilang ni... dah terpampang kat signboard tepi jalan tu.. dah tu pegi tanya bank pulak.  Tak ke gila?  Bos ni.... ke aku yang gila?

"Good morning. I'm bla..bla..bla... asked about 'jaran' of the premise..bla..bla..bla..." Aku call bank
"Bla...bla..bla... Of course..for sure...give me ur fax number...bla..bla.bla.."  Pegawai bank tu jawap.

Mak aii... pelik.  Orang bank pun paham apa "jaran" tu... oklah, kita tunggu apa mendenya.
Tup!Tup! Kat mesin fax.. keluar salinan "GERAN".

Kes 2
Aku dapat wasap..
"i am not ok yet. My dhank un cant mkn at all bla..bla..bla..." ok...aku paham dia tak berapa nak mahir dalam mengeja.. tapi masalahnya aku taktau langsung apa maksudnya...
Nasib lah baik wasap ni tak ambik masa yang lama seperti mms makan 5-6 minit nak received gambar.
Tunjuk gambar lidah luka. Tet!!!!! Paham!!!!!! Tongue wound.

"Gopay gogonet"  sapa paham boleh cuba apa maksudnya.  Hadiah misteri akan diberi kepada peneka yang tepat!

9/1/2014
Aku rasa aku mesken hina sehingga baju dalam pun dah bertahun tak berganti.  Kalo renda mangkuk tu digunakan untuk menangguk anak ikan, pasti dengan mudah anak ikan itu meloloskan diri. Berlobang2....
Tapik... kita kena melihat ke bawah.  Aku baru tahu... kawan aku sesama belajar di U dulu...ada 1 jer baju dalam.  Kami ketawa berdekah2 bila bercerita...
"Abeh...kalo basuh ko pakai apa?"
"Tak pakai laaaa....."

Mungkin ada yang tak percaya.  Tapi..ini benar!

1/1/2014

Aku rasa aku sangat miskin kerana tak berduit... tapi boleh tak korang tidak menghina aku?!!


Sepit baju dijadikan clip untuk anta dokumen ke aku.  Korang dah kenapah???????

Duit kampeni dalam bank ada lagi takat nak belik clip kertas!


TAHUN 2013

11/12/2013
OK... aku mengaku, aku hilang semangat nak update blog...kehidupan aku agak keberserabutan.  Keje banyak, duit takde.. jadi aku buat vodo dengan kehidupan dengan memula hidup dengan bermain games dan bermimpi!!!

Tunggu jiwa reda, baru nak update apa2 pun.
Semua aku rasa vodo sekarang!  Orang jual jagung pun aku rasa vodo sebab buat perut aku bergelora tapi aku takde duit nak dibazirkan dengan makan jagung rebus.

13/11/2013
Aku dah drive balik, bos aku call...
"Esok, u tolong cek, itu olang 'UNION' boleh kerja ka kalu tarak permit?"
"orang union?"
"itu olang yang lari dari negeri itu...ada pas punyaaaa..."
"Oh.... orang UNESCO la bosssss!... tak tau pulak, nanti i cek laaa..."

Ok... poyo tak aku dengan bos aku?
Aku gelak berdekah2 dengan kevodohan kami yang penuh dengan keyakinan diri
Bila cek internet..  Bukan UNESCO apatah lagi UNION laa... tapi UNHCR...  Aku tahu tapi tak pernah ambek tau... aku rasa korang pun sama.  UNHCR ialah The United Nation High Commission for Refugees... Mereka dibenarkan tinggal di Malaysia tapi tak dapat bekerja secara sah atas sebab dokumentasi.


untuk menambah pengetahuan supaya tidak menjadi vodo & vomvong seperti haku!

8/11/2013
Aku jumpa pokok kari aku yang ilang tu di bawah flet...tapi telah dipecah2kan pasunya.
Ini bukan paria lagi punya keje... ini Jembalang!

6/11/2013
Perot aku mempunyai muscle yang kuat.  Tak berotot tapi boncet. Muahahaha..
Perkara vodo aku buat hari ni ialah.. menyorokkan CD selit di depan seluar. Konon nak download lagu techno kat pc ofis supaya aku boleh berdisko bila bos takde.
Tak sampai 2 minit aku dah lupa aku sorok CD tu... bila aku duduk dan tunduk..
PRAKKKK!!
Patah 2 CD tu... Muahahaha....
Vodo laaa aku ni....

5/11/2013
Aku buat rutin biasa tiap hari...belek pokok2 aku sebelum pegi keje.
Tanjat giler babi bila nengok barisan pasu aku ada yang terlopong. Malam tadi still ada semua pasu2 aku.
Ni bukan vodo lagik...tapi vongok dan vaveng..
Ada kaa...pegi rembat pokok kari aku yang sedang lebat mengeluarkan daun... dan pokok cili aku yang benih baik punya...
Lahanat punya pencurikkkk.  Sah2 pencurik tu jenis suka makan kari punya... kalo tak takkan sampai merembat pokok dan pasunya sekali.  Tak bangla, paria lah ni....
Tanam jer la ooiiii...
Tak jadi keje aku keliling 1 flet pagi2 buta kot ada jejak pasu2 aku tu.. kata kawan aku misti letak dalam umah tu.
OK... 3 hari lepas ni... aku rasa gugur lah daun kari tu sebab tak kena matahari.. atau tulah dari aku.  Muahahahaha.....

4/11/2013
Aku balik dari cuti deepavali tu.. terus terpa ke kotak anak Neni. Alamak!!!! Anak2 dia dah takde.  Misti ubah tempat.  Puas aku selongkar bilik store.. sampai memanjat nengok atas lemari dan kabinet kot ada sorok kat situ.
Takde jugak.. yang Neni terjerit2 macam cari anak hilang.  Aku pandang Punton mencari muka bersalah kat situ... mana tau makan anak2 Neni..diakan jantan.  Tapik muka selenga jer.
Puas tanya Neni sampai aku ketuk kepala dia... tak jawap pun. Jilat2  bulu jer.
Ok... trick aku... lepas 2 jam aku masuk semula ke rumah. Pelan2.... ngendap mana Neni lepak.
Haaa koooo... tertangkap!
Punya vodo tempat dan tak diduga.
Kat mana?
Kat atas hanger yang bersangkut baju dan terlalu pack dalam lemari hingga hanger tak bergerak.  Elok jer nyusu anak atas baju2 aku yang berhanger.
Salah aku kan?....
voidoi laaa....

31/10/2013
Leader kilang aku (yg lain) datang ke ofis... nak soh aku purchase barang.  Makan 1/2 jam nak paham.. Order sand paper.. mati2 aku kata dah order.. Isnin sampai... tapi siap bawak sample soh aku rasa.. "Oiii.... aku tau nama jer... kasar ke..licin ke... mana aku tau!" Cakap je lah dari supplier lain.  Dah cakap tapi aku tak paham. Nak order masking tape pun.. bagi isyarat macam jari telunjuk kena plaster.  Aku ingat nak handyplas..."blood?"
"No blood... handglove tape."  Matilah ko... masking tape lilit kat jari telunjuk.
Yang paling bodoh aku rasa.... "baju cuci kaka...."
"Clorox?"
...tak paham....
Tunjuk baju dia pakai dan lap2.
"U mean thinner?"
"Thinner no..."
Puas selongkar kotak tepi bilik air opis.. ada jer clorox tertonggok situ.  Tak pulak dia ambek.  Maknanya bukan laa... terus pegi production bawak contoh.
Aku tergelak2... menci tau bila bercakap macam ayam dan itik..
Dia bawak kain buruk!
Cakap jer lah nak order cotton rag... fengsan aku ngadap orang2 camni.

30/10/2013
Lebih 4 hari aku bekeras dengan Neni supaya tak pindahkan anak2 dia ke bilik aku.  Tak kenal erti putus asa Neni ni.. hari2 letak anak2 dia depan pintu bilik aku, sambil mengiau dan cakar bawah pintu. Hari ni aku mengalah.  Pagi2 dan ngantuk2.. nasib baik jer aku tak terpijak anak si Neni depan pintu. Ko menang lah Neni... aku pindahkan Neni bersama bakul2nya di tepi lemari aku dalam bilik aku..  Duduk ko sanah!
(Cerita bergambar akan datang di Borak kosong!)

24/10/2013
"Where r u?" tanya engineer aku.
"Still in the house" jawap aku, masa tu jam tunjuk kol 8.30 pagi.
"What u do?"
"I'm wearing baju, want to go to work laaaaa...."
"Company has to pay u haaa for wearing the baju?"
Aku paham laa ayat sarkastik dia tu... pasal aku dah lambat masuk keje ni.
"Company has to pay me higher if i go to work never wear the baju!!!"
Terdiam kejap dia... "Stuuuuuupiiiddddd answer......"
Kah!kah!kah!....

23/10/2013
Aku selalu bercakap macam main2... contoh... fomfuan... fanas.. fenat.. termasuk fundek.
Hari ni aku gelak bagai nak rak sebab orang yang tak reti cakap melayu tetiba cakap..
"Ohh... so tired.. really! Like want to FENGSAN..."
"What?"  aku terjerit bertanya..
"Fengsan... the meaning is fainted, right?"
"Yaaaaaa...but in malay, the right pronunciation is Pengsan..P not F."
"But..... i heard it from u before.."
Ok laaaa.... salah aku kan?...

22/10/2013
Giler ko... memandu sejauh 120km pegi...dan 120km balik semata2 untuk rawatan 30 saat.
Nanti aku cerita detail di ruang borak kosong.

16/10/2013
Cuba korang pejam mata dan bayangkan situasi aku ni...
Konon pakai baju cantik berkerawang di dada.  Bila drive kete, gancu gelang tangan aku tersangkut di kerawang-kerawang baju tu... nak tarik sayang baju rosak. Terus tangan kiri lekat di dada. Bila aku kona... badan aku ikut sama kona. Drive sebelah tangan kanan jer. Nak benti betulkan situasi tu.. jalan kampung yang kecik ni takde roadside.
Sampai satu tahap nak tukar gear...nak tunduk ikut baju takut tak nampak jalan. Nak rentap gelang..sayang baju.. Main clutch jer laa.. bunyi kete jangan cakap ler.. tak mengikut terma dan syarat memandu.
Last sekali benti bila nampak ruang. Betulkan gelang..baju... situasi. Aku lebih sayang baju dari nyawa! Giler!!!

11/10/2013
Kadang2 aku rasa vodo jadi pekeje bos aku.  Selalunya aku rasa pandai sebab sume keje aku buat dan bos aku tak ambek tau apa yang aku buat.
Pagi tadi kecoh2 sanding belt 0.  Production kena stop.  Mati2 bos salahkan aku kat sume orang sebab tak order barang.  Aku lak tak tau menahu bila barang tu nak abes, takde sapa mention kat aku pun.  Lagipun sanding belt tu selalunya bos aku deal dengan bos kilang tu...tak penah aku suka suki order barang yang kosnya mahal tu.
Sume orang tahu bos aku yang patut order.... tapi tetap nak salahkan aku jugak dan force aku order dan dapatkan barang tang-tang tu jugak.  Giler hapa... order kena tunggu 3 hari.. 3 hari lagi cuti... takkan bos aku nak stop production 3-4 hari.. Mati dia!
Kecoh2.. tapi bos tak marah aku pun.  Dia tau dia yang salah w/pun menyalahkan aku kat orang.  Ini bukan sekali, banyak kali aku kena tadah muka disalahkan oleh bos aku kat orang lain. Aku buat muka bodo laaa... tapik menyampah pun ada.

Tapik bila pikir keje tempat lain pun sama gak, selagi ada orang kat atas kita...selagi tu kita kena jadi tempat lap kaki kalau orang atas terpalit taik.

9/10/2013
Aku rasa nak tergelak pun ada kalo ingat...Vodo betol aku.
Pagi2 tadi aku nak g keje, kete aku tak leh start. Tipon leader kilang soh bawak driver untuk tolak kete aku bagi start.  Maybe masalah bateri.  Langsung tak berketik starter.
Dua-dua ni menolak le.. aku tukang start kete kononnya, lepas clutch tak start gak.  Pastu leader ni pulak try... sama tak hidup pun engin. Penat menolak.  Last2 aku soh driver try.  Dia try boleh lak idup engin ni.
"Eh... tadi kenapa tak leh start kete ni?" tanya aku...
"Tadi kunci tak on"
Aku pandang leader ni... leader ni pandang aku... dan kami pun terkekeh2 gelak dengan kebodohan kami.
Terbang RM165 sebab ganti bateri.  Pakai duit yang kawan aku bagi tu... patutlah Tuhan bagi aku rezeki... rupanya rezeki utk kete...bukan pegi makan kat McD.  huhuhu.....

8/10/2013
Aku macam rasa...."what???!!!!"  bila nengok gaji budak bangla yang tak reti tekan mesin ATM.
Budak ni mintak tolong kuarkan duit dia.  Aku tak kenal pun, tapik aku memang biasa tolong budak bangla yang busok tengik... sebab aku kesian.  Ramai yang ambek kesempatan daripada ke'vodo'an derang.
Korang tau gaji dia sebulan berapa?  RM2890!!
Tiba2 aku tukar profession menjadi wartawan interview budak bangla tengik ni!

 7/10/2013
Kawan aku yang biasa menalipon aku tanya aku ada duit ke tak nak bagi dia pakai dulu...  kali ni dia miss call macam selalu... macam selalu jugak aku akan return call bila aku free.  Mind set aku dah tergambar...ada ke aku dalam RM50 nak bagi ke dia?
Terima kasih jugak pada Maxis yang bagi aku free call to Maxis selama 70 minit.  Gila berdesing panas bercakap lama.
Rezeki ayam nampak di kaki... rezeki orang tak de sapa yang tahu.
"Aku bagi ko RM200 nak tak?"
Eh!!!!... tetiba jer tanya soklan tu pada aku....
"Nak.... bagi nak jer.. kalo pinjam aku taknak...tak de duit nak bayar"
"Aku bagi jer laa... ko tu entah berapa ribu bagi ke aku semenjak aku benti keje..walo pun sikit2 tapik kalo kumpul, beribu jugak ko tolong aku"
Ok.... syukur.... ada kawan yang ingat kat kita bila dia ada rezeki lebih.
Kawan aku tu tetiba kakak dia bagi RM12,000.. soh beli kete dan niaga.
Haiii.... rezeki orang... takde sapa ke nak bagi aku ribu-riban supaya aku leh bayar utang keliling pinggang aku nih?

1/10/2013
Awal bulan aku mengamuk di pejabat.  Masa nak beli tiket kapai torobang, komain sume boleh.. potong gaji kawan pun boleh. Sampai masa aku nak potong gaji, budak ni menyerbu pejabat tak setuju.
Vodo!!
Aku boleh jer potong gaji tak payah tanya... aku punya baik jadi orang, soh tanya ada masalah ke kalo aku potong gaji.. tapik menyerbu dan menyerang aku dengan bahasa banglish (bangla + english) bersimpang siur adalah tindakan yang salah.
"Get out from my office!!"
"You bring down your worker! I don't want to see both of your face!!"
"Don't come here anymore for help!"

Gitu.... mengamuk dalam bahasa omputeh.... nasib baik aku tak pandai sangat cakap omputeh.. kalo pandai lagi laju aku mencarut!

23/9/2013
Mengharap ehsan laki aku untuk baiki ekon.  Tapik.... tak membantu.  Nampaknya terpaksalah aku berpanas ke hulu ke hilir lepas ni...  Aku boleh pinjam duit orang, tapi aku tak boleh bayar. Kah!kah!kah!  Sebab tu malas nak pinjam.
Walopun aku dalam kategori mesken hena... aku transferkan jugak RM30 ke kawan aku yang demam itu.. katanya nak beli ubat.  Aku ada RM20... simpan untuk tol balik kampung.
Sejak kebelakangan ni... segmen vodo tau ni..telah menjadi segmen menulis diari kehidupan.
Malas sebenarnya nak reveal kehidupan aku... tapi aku takde kawan nak share.  Bila taip jer... terus menaip dari jiwa.

22/9/2013
Aku malas nak g TESCO sebenarnya, tapi anak2 aku mendesak. Aku dah tahap kritikal ekonomi aku ni,..minyak & tol tu..dah kena bajet, apatah lagi nak makan.  Pegi jugak mengharap belas ehsan ama apak aku bagi makan. Huhu....
Time aku kona jer ke parking Tesco...
"Trankkkk....tak..tak..tak..tak...tak..." bunyi bawah tayar..
Mati laaaa.. duit lagi ni...duit ni.... ngendap bawah kete..jumpa tali kipas. Kan?.... Belting aku putus.  Nasib belting ekon... kalo engin?... Masak double boil aku...
Balik singgah workshop soh nengokkan jer sebab kedai tu dah tutup, pomen pun nak balik.. pomen tu kata okeh...boleh jalan cuma ekon tak leh pasang.  Okeh...teruskan perjalanan
Tetiba.....
Eh.... ini jalan ke Tesco tadi... camne aku leh patah balik.. Bukan dekat tau...dalam 15km.  Boleh tak perasan aku terpatah balik.
"Ayah.... ayah tak perasan ke kita ikut jalan sama tadi..."  Sempat tanya ayah aku..pasal aku tak puas hati dengan ke'vodo'an aku ni.,
"Tak... kita tak ikut jalan tadi... jalan macam lain jer..."
Aku salah masuk simpang?... No..no.. no....ini kawasan aku... kenapa aku tak tau?

21/9/2013
Sementara tunggu budak2 ni buat medical check-up, aku nak terberak pulak.  Taknak g toilet klinik...aku g toilet kat JJ seberang jalan. Boleh window shopping pastu...kan?



tapik.... jamban tak leh lock.  Selit kunci macam kat atas tu..  Sejam kemudian, derang call kata dah abes medical, tara menunggu slip dan passport, aku soh line leader kilang yang ngikut ni dok dalam kete dulu, kupon dan abeh limit...
"u on engine..on aircond, sit inside..no out"
Bila aku sampai jer kat kete..dalam 20 minit...aku nengok line leader ni berpeloh sakan.  Lidah pun sikit lagi nak terjelir.
"So heat kaka..."
Oh.....ekon aku rosak kot...panas semacam walo pasang ekon.
Kesian ko... nasib tak mati dehydration .  Masak aku bila buat repot polis.


19/9/2013
Pagi2 bawak lagi budak2 bangla ni g imigresen.  Kawan aku dah sampai dulu kat sana.
"Wangi ke budak2 ko bawak tu?"
"Wangi, dah 6 tahun sini..dah pandai pakai ubat ketiak, kalo 6 hari mahu terbelahak aku"
Kami berbalas2 sms sehingga ke bab mengumpat bos yang kaya raya pasal bau badan.  Kah!kah!kah!

"Kol 3 nanti, awak datang balik ambek passport dan resit"  Kan.... aku macam nak tukar ke uniform imigresen jer... baik aku keje sini...tak yah ulang alik.

Balik opis...kertas bertambun2 atas meja. Yang tipon pulak tak abes2 berbunyi.. tanya pasal lori laa.. pasal barang kuar laa.. barang rejek laa... tak menahan tanya pasal tempeyek.

*fengsan tepi meja*

18/9/2013
"Anta orang awak ke imigresen dan sediakan kompaun hari ni"
Kooooo.... gitu pihak berkuasa memberi arahan.
"Esok buleh?... Akaun saya cuti hari ni... production pun tak plan kalau short 3 budak"
Gitttuuu.... memberi daleh.
Tak jalan noks.... kalo kena buat..kena buat jugak.. dah lah kompaun tak leh diskaun.. kena caj lagik kang... haru.
Pegi balik imigresen... pegi balik bank... sediakan duit, buat banker cek..
Yang paling sakit hati...
"alooo kaka.... ticket how?...U help la kaka..."
Haru...time2 aku celaru gini laaa.. nak balik negeri bapak ninggal laa... nenek sakit laaa...
Nasib ada agent ticket nak tolong tunggu confirm tiket, kol 6 aku baru sampai opis... kol 7, aku pi anta budak tu kat bus-stand g KLIA..haaa... tunggu ko sanah, bas ko pukul 11 malam.  Esok baru ko balik Dhaka.

Tapikkkk.... tetiba aku perasan budak bangla yang belanja aku makan ni...comey!

*muntah ijau*

17/9/2013
Aku rasa aku boleh keje under pressure. Jiwa kental nih. Belakang... bila orang asek call soh balik opis cepat, kena bukak dokumen barang nak kuar... aku dari JB....kocoh2 drive.  Takut nooo aku terlepas simpang, tapi aku tercepat simpang...makanya salah simpang laaa...
U-turn kat JB ni...macam lahanat jauhnya..  nak cepat jadi lambat jugak..
Rupanya...jiwa aku belum kental lagi.


16/9/2013
Salam 1 Malaysia.
Kilang aku keje... tapi aku nak jugak cuti tanpa sebab.  Esok2 orang cuti ganti... aku pun join sekali.
Pandai tak?


13/9/2013
Malas nak wat keje luar...tapi taknak bos aku berkuntau bila kilang takde letrik.. aku gi jugak TNB.. dan pegi bangunan TJB, nak bayar ke JKKP.  Vodonya aku,... parking kat KWSP... terus menonong ke bangunan sebelah.... perasan aku tu TJB laa...
Orang makan2 depan tu... sume nengok aku.  Aku bab berlagak retis, serah jer laa... goyang rambut kiri kanan... tekan lif.. naik tingkat 9.

Kosong!

Gelap lak tu... siap kunci gate dia.... kenapa nih? Terus call JKKP.. alamak!  Salah bangunan.  Bangunan aku masuk ni.. yang FOMEMA dulu, tapik dah pindah ke Setia Tropika dan sekarang bangunan tu kosong!
Huhuhu...kenapa tak seal kat pintu depan jer... huhuhu... nak turun lif baru aku tingat pasal hantu!  Baru aku prasan lif tu buruk!

12/9/2013
*tekan suis vacuum*

Macam pandai... tapik hari2 vodo sebenarnya.  Malas nak update jer.

Hari ni,.. aku kuar umah pepagi dgn senang hati.  Belek pokok cili bagai.. pastu raba poket.
Apalah kesial sangat ni????  Kunci umah dalam umah dan kunci kete pun dalam umah!!!!!
Turun bawah macam nak jalan kaki ke kilang, tapi takut mood aku merundum berjalan ketika matahari menyinar ni... aku call abang driver anta kunci spare... Nasib baik ada kunci spare kat kilang.

Vodo jugak jiran depan umah aku ni... jeling semacam nengok aku ambik beg dari abg driver ni... allooooo!!!!....

18/07/2013
Semangat aku nak buat tempeyek tahun ni memang takde... order ada, tapi sikit.  Jiran2 aku pun takde order lagi buat masa ni... yelah... tiap tahun ada tempeyek yang sama atas meja setiap rumah... jemu kot!
Yang dah siap, nak anta ke kedai pun, aku pending... kenapa ntah. Dah rendam kacang hijau, dah panaskan kuali...aku leh tutup sume semula dan baring kat bilik.
Oh..... tak boleh jadi nih... aku tak biasa dok bergolek2 jer ni... kena buat sesuatu.  Pakai baju terus kuar gi bazar jualan hari raya...
Belek tempeyek orang.... tiap kedai aku pi belek dan tanya harga... tiap bazar sepanjang jalan ke JB.. aku singgah...
Aku balik jam 2 pagi.

Gile tempeyek aku ni!  Meroyan!



16/7/2013
"Y never reply my sms?"
"Y line cut off when i calling u?"
"U never see ur handphone?"

dan aku...

"celaka punya tipon... nak bukak tak lepas2"
"pi mampus sapa yang sms aku  tu... malas layan dgn tipon menyusahkan aku tu..."
"apah?... tak nampak TAC number.. ini 5 ke 8?
"Benci ahhh... bencik! bencik! bencik! baru nak cakap dah off!"

Tanya2 kedai harga TAB paling murah... last2 aku repair gak LCD tipon aku...baru RM80.  Sam Tab paling murah aku dapat RM899.00.

Fundek!!!

12/7/2013
2-3 menjak ni... aku selalu bergado pada diri sendiri.  Menyatakan ketidakpuasan hati pada diri sendiri.  Rasa nak belasah diri sendiri.. rasa nak cekik diri sendiri.  Rentetan itu... perkara luar pun aku rasa macam mengejek diri aku ni.. dan aku marah.
Akibatnya... aku baling henpon yang LCDnya macam sial tu... bergaris2 jer.. nak sms pun tak nampak..orang call tak nampak no. Dan sekarang... LCDnya sudah retak seribu akibat dibaling.
Hahaha... gelakkan diri sendiri.. nak tukar tipon, duit memang takde!
BODOHHHHH!!!!!

6/7/2013
Tangan aku bergegar2 hulur duit cash RM1580.oo ke pomen tu... alahai...alahai.... kete punya pasal, terbang segala anganan!

5/7/2013
Semalam aku membebel2 kan kucing aku... ada selonggok macam taik kat tepi tong gas aku....  aku bebel2 marahkan yang kecik putih tu...sebab macam kecik jer bulatan "taik" tu...
Aku pun mop.. "...haiiissshhhh..... kenapa bersepah2 kacang dal kat longgokan ni... makam kacang ke hapa kucing ni.."  gitu bebelannya... "masuk u-tube pun boleh ni..kucing makan kacang dal.." bebel lagi..
Lepas aku taruk klorok...taruk sabun... mop lagi.... last2 aku teringat....
Itu sebenarnya tempeyek kacang dal aku yang jatuh disudut meja dapo gas.. dan aku lupa nak buang... bila terkena air masa aku basuh lantai terus kembang... sebab tersorok, aku tak nampak...bila nampak terus rupa taik...
dan...kesian korang kucing... mak mintak mahap ler nuduh korang bukan2.

~peace~

4/7/2013
Aku ingat BOGEY itu term dalam golf jer.. rupanya ada gak term dalam production.
Sudahlah bebudak ni pandai menyebut jer tak reti nak eja.  Aku pun tanya camne nak eja..."bougel" katanya.
Macam bogel jer... nasib aku nengok kamus. Puihhh!!!

bogey (plural bogeys... (engineering) A representative specimen, taken from the centre a spread of production - a sample with bogey (typical) characteristics.

3/7/2013
OK... cerita kucing aku pending dulu laaa... aku nak cerita sambil tunjuk gambar & video.  Bakal jejak 3 bulan nak edit tu... mmmmm...
Hari ni nak cerita tentang kete aku.  Vodo tau... time2 gini nak gegar2 seluruh alam.  Aku tahan jer hati bawak kete gegar... 3 hari jer aku tahan...masuk hari ke-4... otak aku dah bergegar sama,... anta workshop.  Memang dah lama pomen tu kata kena overhaul.. Cakap senang kan?....
Bila aku hantar workshop...aku bukak cek untuk diri aku dari duit kampeni.  Utang uuuuu.... huhuhu.....

*Nanges sambil gigit kuku...*
Sam tab aku pending lagi......

24/6/2013
Aku terima pemberian orang, seekor kucing kecil berwarna putih dan matanya biru.  Sangat lincah bermain.  Malam ketika aku sibuk membuat tempeyek..aku lihat ia melompat2 bermain di balcony dapo..
tetiba....
Aku terdengar bunyi sayup2 kucing kecik mengiau... aku nengok di balcony dapo, kucing tu tak ada... sudahhhhhh.....
Aku terus menerpa ke luar kat coridor, nengok bawah...ada anak kucing putih mengiau dalam longkang betol2 depan umah aku.
"akak....kucing akak ke?"  budak bawah tu tanya.
"Haah... camne leh jatuh situ?.... laaaa....kesiannya"
"Saya bawak naik atas"
"OK"
Sampai jer kat tangan aku.  Eh...kenapa berkurap lak ni... tadi elok jer.. Aku toleh dalam umah...elok jer kucing putih tadi melompat2 kat sofa.
Laaaa.... salah kucing ni.... dah dihantar ke tangan aku, aku terima jer laa.... berkurap..kurus... taik mata berselepet..
Ok...aku anggap rezeki aku dapat kucing 2 ekor sekali gus...  Esok ada cerita kucing lagi...
tunggu!

21/6/2013
Semalam rezeki nak murah kot... aku pegi beli ikan untuk kucing kat pasar dah malam, dpt RM2 sekilo, .  Pastu kedai buah yang selalu aku beli buah potong nak tutup kedai, offer aku RM4 untuk 20 bekas buah potong.  Aku pun rembat.  Konon ambek mana nak, yang lebih bagi si Nepal2 yang keje sampai kol 10 tu.  Aku sorang jer 8 bekas.  Giler tamak.
Hari ni tema masakan aku ialah buah-buahan.  Pagi tadi bekal jejemput nangka ngan air honeydew.  Tgh hari lepas makan, dessert jeruk jambu batu (abes lak tu aku makan sorang sebotol).  Yang ada menunggu tu... rambutan dan buah naga.
Tapik... perot aku ni dah terlebih serat kot.. dah 3 kali aku ke jamban!
Vodo laaaaaa.....

19/6/2013
Bertuahnya aku... dekat sebulan takde perkara vodo terjadi dalam kehidupan aku.  Percaya ke?.... Alaaa.. sikit2 mende bodo tu bila dah biasa, ia akan menjadi rutin dan tidak kelihatan bodo, kan?
Semalam aku sangat sakit hati dengan Punton.  Aku tido awal sebab terlampau penat.  Aku perasan Punton sorokkan sesuatu bawah tangan dia.  Ah.... lantak ko laaa.. aku ngantuk!
Kol 1 lebe, aku terjaga...aku rasa Punton tido sebelah aku tapi lengan aku macam ada mende sejuk dan lembik2.  Sah!  Dia bawak cicak mati tido dengan aku.  Tindakan spontan aku tepis cicak tu... terus terpelanting ntah ke mana.  Aku sambung tido tapi aku perasan Punton mencari2 cicak tu.
Lat 15 minit lepas tu.. aku terasa mende jatuh ke muka aku, dan mende itu adalah cicak mati yang dibaling Punton ketika bermain sendiri.
Dem U mannnn..... Aku dengan geram, raup cicak tu dengan tisu dan buang dalam tong sampah.
Punton mengiauw-ngiau.... macam nak menangis.  Fadan muka mu!

Nota kecik: Doakan aku jumpa Neni si cantik manis aku tu... ilang lagi.. kali ni, aku bagi orang jaga.. aku soh ikat Neni jangan lepaskan, sebab kesian, kawan aku lepaskan ikatan Neni. Neni terus menyusup sembunyi tak kuar2 sampai sekarang.  Dah 1 minggu. Aku tau Neni akan jadi camtu sebab dia sangat tak friendly dgn orang lain.

22/5/2013
Berakhir penderitaan sakit gusi ini setelah aku tekad pegi klinik swasta cari solution.  Tindakan akhir ialah membuang gigi yang takde masalah tu...tapi dia punca masalah.
Punye sakit cabut gigi geraham sehingga aku nangis melalak2 dalam kete...  aku tak tau cabut gigi itu sakit!   Bukan tak penah cabut... siap operate pun ada... tapi tak sesakit ini.
Cuma penyejuk hati aku dengan klinik tu ialah... aku terjumpa ciptaan Tuhan yang sungguh indah.  Sehingga terbawak ke mimpi.   Sehingga hari ni aku masih ternampak2,.. mata yang berwarna kehijauan dan titik hitam anak mata jelas kelihatan.  Bulu roma berwarna perang... Bibir yang terbuka sedikit sebab sakit gigi... ohhh...seksi!
Kenapa ciptaan indah tu hanya dapat ditonton?  Kenapa tak dapat dimiliki?
Vodo laaaa....

17/5/2013
Sakit gusi aku ni bertambah parah.  Semalam kerana tak tahan sangat, pepagi aku dah terpacak depan klinik gigi kerajaan.  Bukan hari terima pesakit lak tu... tapi aku bernasib baik kerana diterima untuk dirawat.
Doktor tu pun kata..takleh wat apa.. kerana antara gigi dan gusi aku ada poket yang akan menyimpan makanan dicelahnya dan menyebabkan ia sakit.  Dia hanya suggest untuk ambil ubat tahan sakit dan dia memberi rawatan cuci gigi supaya bersih dari sisa2 makanan.
Yang vodonya...telan berkati2 panadol pun tak hilang sakit.  Berdenyut2.. ko tahu sakit gigi yang berdenyut?  Boleh lempang orang tau....
Takkan tak makan...lapo tak makan lagi bahaya, sebab aku boleh menerkam orang.
Akhirnya telan panadol 2 jam sekali... bila sakit kurang tadi...aku pelahap 6 biji pisang.
Giler.
Vodo......

14/5/2013
Orang sibuk2 main game candy crush, aku tak tahu menahu pun.  Kalo nama main game kat pc..tablet ke.. bukan aku orangnya.  Pening pala hadap komputer lama2.
Bila geng pun sibuk2 bercerita...akupun gugel..camnelah permainannya?...
Yang buat aku rasa bodo ialah... aku nengok game tu... seperti ketul2 gula petak bergerak selari dan seorang bayi melompat2 atasnya untuk memecahkan belon.
PeH!  Vodo... bila nengok apa yang aku gugel ialah sugar crash.  Bukan candy crush... napa aku leh tertukar namanya?

10/5/2013
Rasa macam bodo...tapi macam pandai.  Aku call ke luar negara hanya semata2 nak bertanya no. tipon pekerja aku.  Aku lupa bawak henpon.. nasib dalam kete ada no. luar negara itu.  Call dengan hp cabuk kejap ada kejap takde line..nasib baik dapat.

Sebenarnya aku malas nak balik kilang tanya apa yang budak tu tulis tadi dalam form.  Tulisan macam cakar kucing... bergaris2 jer.. orang bank pun takleh baca!

7/5/2013
Aku sakit kepala sehingga menelan panadol bila tak keruan.  Ini kerana perlakuan aku tak seperti sepatutnya aku lakukan.  Aku selalu camni... kalah dengan perasaan!

6/5/2013
Korang tau rasanya bila jerawat di kepala tersikat?!
Adoooiiiiiii!!!!!  Leh hentak2 meja menahan sakit.

5/5/2013
Jari aku bersih tanpa sebarang calitan.

30/4/13
Di ambang cuti buruh..workshop tutup cepat.  Jumpa 1 kedai melayu yang masih bukak.  Tayar kete aku manjang jer tertusuk pakunya.. kilang perabut sebelah kilang aku tu campak paku rata2.
Sudah tampal tayar, aku bagi RM10... dan tunggu baki RM5.00.  Lama tunggu.  Adek tu kata..."RM10 kak!"
"Oh... biasa saya buat.. RM5 jer"
"Tayar belakang susah sikit, kena bukak"
"OK"
Aku start kete terus blah...tapi tak puashati... aku pegi kedai cina tu... tampal tayar depan belakang pun...RM5 jek!
Rasanya aku pegi ke kedai Melayu tu lagi?  Diorang taknak tolong diri derang sendiri dalam jangka panjang.

30/4/13
Semenjak jaga mak aku di wad... aku mula sakit gusi.  Macam berdenyut2 pipi menangkap ke kepala... aku asek telan panadol jer.. takut pulak aku mengambek tempat sebelah katil mak aku...  Aku jadi kurang makan... makan nasi laaa... yang kueh lembut2 tu aku bedal.  Ingat leh ler kurang sekilo 4 hari sakit gusi.
Hampeh! Kurang 200 gram tu pun...macam segan2 nak dapat.

27/4/13
Ingatkan dunia ni beso, rupanya kecik jer.... dah puas aku bercerita... mengambek resepi, belajo memasak dengan pesakit sebelah mak aku.... bila taim melawat, masuk2 jer anak pesakit itu ialah.... bekas ehemm..ehemmm.. aku.. bukan skandal, sebab tak pernah pun anggap gitu...
Maka.. takkan nak buat tak tau, mata dah tertacap tadi... bertegur sapa secara sopan... kalo tak... kena penampo dgn bininya double size dari aku.
Dan... rupanya dia dah benti keje kerana nak menjual produk kurus badan yang harganya boleh tahan... isterinya ialah testimoni.

"Hai bannngggggg.... dapat kuo 20% duit kwsp, terus lupa adek di sini?"  Haiiiiii.... dunia, duniaaaaa!!!!

25/4/13
G seminar untuk dapatkan lesen perunding skim persaraan menjadi huru hara jiwa bila jam 5 pagi dapat call mak aku sakit.   Nak batal, duit dah bayar beratus... nak pegi, risau ke emak... sedangkan abang aku dah sedia berkhidmat mengantikan tugas aku kali ni.
Pegi jugak kerana tak tau sebab kenapa tak pegi.  Last2 aku pegi tunjuk muka jer...jiwa ntah ke mana.  Nasib baik instructor dia bukan jenis menyoal.  Kalo tanya, 1 pun aku tak leh jawap!

23/4/13
2-3 hari yang lepas... bakal skandal tak jadi (waaahoooo...sila jangan percayah!) call aku dan bercerita tentang diri.  Dia dapat duit terpijak RM76,000!  Wow!!!!  Dia pun dah tukar Audi menjadi BMW sebagai kekasih hati.  Bukan aku yeee...... sudahlah bakal... tak jadik pulak tu..  Yang menjadi perkara vodonya... lepas dia letak tipon, aku pulak berangan kalo jadiklaaa...mungkin aku dapat samsung tablet 10 inci tu... mungkin belanja aku makan lobster berharga RM170 seko... atau...
Hahaha.... vodo kan?

22/4/13
Aku pandai nasihat orang, buat bodo apa orang kata.  Mulut orang walopun kecik dari mulot tempayan...tak boleh ditutup2.  Mulut tempayan yang selebar alam tu,...kita leh tutup lagi.  Tapi bila kena tang aku.... aku rasa macam nak tutup jer blog.  Eh!  Tetibaaaaaa.....

20/4/13
Aku nak jual barang online.  Tapi aku sangatlah lembab dalam mengupdatekan diri tentang IT ini.  Terkial2 membuat sesuatu.  Kejap2 baca artikel camne nak buat.... Ehhhh... tetiba macam sunyi jer... bukak u-tube nak dengo lagu... dan tetiba jugak aku dah terlekat nengok movie online.
Vodo... ntah bila nak siap keje blogshop aku tu...

17/4/13
Aku takut nengok penimbang berat hari tu.. dan konon2nya aku nak diet sketlah.
Selalu aku rasa yang lapa sangat sedangkan aku baru mentedarah nasik.  Bila aku tahan makan, aku rasa badan aku macam parkinson... terketar-ketar.  Apa lagi telan air masak jer..  pastu asek g bilik air.  Basah suar dalam tau!

15/4/13
Orang selalu tak setuju bila nengok aku beli tempeyek ke..tumpi ke... atau seangkatan dengannya.
"kenapa ko beli? ko leh wat sendiri dan lebih sedap!"
Dan mereka tak tau dalam simpanan aku lebih banyak tempeyek beli dari aku buat.  Pelbagai bentuk dan rasa.  Hahaha...
Aku rasa makan yang orang lain buat lebih sedap dari yang kita buat!

9/4/13
Terasa amat vodo bila nampak kete aku ditengah2 pasar malam bila kuar dari bank.  Bukan aku tak tau itu tapak pasar malam tapi agakan aku salah bila aku rasa sekejap jer aku uruskan hal bank tu.
Tapik.....
Harrreeeeemmmmmm.. ganti kad bank pekerja seketol itu pun mengambek masa 1 jam lebih.
Dah le kena maki dengan penjaja pasar malam tu... nak kuar dari situ pun kena reverse dekat 200 meter dengan pengukus jagung, kuali kuateaw, bakul sayur mayur bersimpang siur.  Giler bengang masa tu.. Orang punya ramai berbondong2.
Woiiiii......  aku tension tau drive sume orang nengok!
"Apa pandang2??!!"
"Lu ingat lu sorang banyak pandai maki... Ini cibai lagi pandai! Lancau lu!!..."
Apapun itu sume dalam hati... kat luar aku senyum kelat jer.
Terima kasih kepada pengalaman bekeje di hotel... guest maki kena senyum!

8/4/13
Aku sekarang tido bukak pintu bilik... panas kalo tutup pintu. Macam berkuap gitu....
Puntong laaa.. hewan yang paling suka sebab dapat tido sebelah aku..Itu aku tak kesah... Puntongpun baik2 jer tido takde lah ganas bersilang pangkah.  Cuma ada yang aku tak berkenan... suka bawak permainan dia tido sama...seperti getah rambut aku... penyepit baju... kertas atau daun kering ntah mana dia jumpa.. paling aku sakit hati.. semalam dia bawak cicak tido sama kami!
Demmm u Puntong!  Geli-geleman aku....

5/4/13
Aku terlanggar anjing yang tido di depan jalan kilang aku.  Bukan tak nampak...tapi jenis percaya pada kata hati.  Vodo!
Aku percaya, anjing itu akan bangun bila aku reverse kete... dan aku tak langgar apa2 masa tu.. bila aku drive ke depan terdengar lekingan anjing tu..
Apa laga...panik!  Nak tekan brek, tertekan minyak.  Lagi sekali aku langgar anjing tu.
Pity!!!!  Kesian.... pada anjing dan aku yang drive pejam mata lepas tu.  Aku tak tido malam tu dan asek talipon ke kawan aku tanya... nampak tak bangkai anjing?

Pagi esoknya... aku nampak anjing semalam terdengkut2. Ohhh...lega sikit... "ko tak mati rupanya semalam".


1/4/13
Terasa vodo dan menangis bukan kerana kecewa tapi bengang...
"I've been too loyal to you... but what have...."
belum abes lagi bercakap
"What is loyal?"
"What i mean is... i only got u.. loyal means like stick to one... If i know the situation will change, better i go to the isolated island."
"mmmm.... what is isolated?"
"Terasing. U know...alone?... Ohhh... how to talk to u if everytime i need to explain?!!!
Bengang tau!

*campak kamus kat muka dia*


29/3/13
Kol 1.30 pagi aku jatuh bila kuar dari bilik air.. licin bila tikar getah terkena dengan kaki aku yang basah.
Apa yang aku takut ialah aku stroke di saat itu.. dah la aku sorang.  Aku takut kepala aku kena bucu dinding dan aku pengsan takde orang yang tahu.
Kejadian yang sangat pantas dan tersangat bising aku rasa..gedegang gedegung...langgar washing machine..langgar pintu zink..terdampar kat pintu bilik dan gedebuk jatuh ke lantai akhirnya.
Akhirnya aku ketawa jugak sengsorang.... vodo punya puntonggggg... lintang pukang menyorok bawah tilam!

27/3/13
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan ko soalan yang sama
Eh kenapa ko patahkan lagi tangkai dia
Apa ko ganas? apa kau memang suka-suka?
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan ko, aku tukar barang satu-satu
Yang sedang buat muka selamba dan tak tau
Sambil ketawa ko cakap itu keja aku
Dia mungkin ganas seperti rimau
Tapi dia nangis bila mengopek limau
Dia mungkin kejam bila bergurau
Tapi dia ikhlas ngaku patahkan tangkai itu.
Apa lagi yang aku mau..
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padanya supaya tarik hati-hati
Ko dan aku,mungkin tak kuat berlari
Tapi bab tarik tali jamban ko memang tangan besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa ko buat jadi kuat macam hantu raya?
Terus kau cubit tangan aku sambil berkata
"Saya mungkin ganas tak kira masa
Tapi saya ngaku kalau yang salah saya
Saya mungkin saja bergurau kasar
Tapi saya selalu tolong awak bekeje
Saya tau awak suka saya....."
Aku agak inilah lagu nak dinyanyikan oleh engineer tu pada aku.  Aku patahkan lagi tangkai flush jamban kat opis aku.

25/3/13
Aku belum nak menangis lagi ni... aku bawak Neni si cantik manis ke jb.  Bapak aku nak buang dia sebab tiap hari buat anak ayam bapak aku sebagai jajan.
Sampai jer depan pintu umah.. aku nak bukak gate, dia melompat dan berlari selajunya terjun tiruk dari tingkat 2!
My God!!!!!!!!  Aku ingat dia terdampar patah kaki... aku berlari turun tangga... dan dia hilang!
Puas aku pusing keliling flet itu... tak jumpa jugak... aku pusing masa lunch tadi cari dia... tak jumpa jugak.. Bapak aku kata, nanti dia kuar dari menyorok tu.. jumpa laa..

Sian Neni aku, dia tengah ngandung... aku nak anak dia... Doakan aku jumpa Neni aku tu.... w/pun dia carbinal pemakan anak ayam... tapi dia comey... bermata biru.

(Bestkan jadi orang chomey?... jahat pun orang suka jugak...)

22/3/13
Baru aku nak bersantai balik umah, engineer call aku nak anta pekerja g klinik tetiba histeria dan cramp 1 badan.
Aku tau pekerja ni stress... anak dia baru lahir ninggal.. tak makan, tak minum... dalam kete asek meracau jer...Yelah nak balik pun... bukan beratus batu lagi.. beribu batu.
Aku memandu tanpa menghiraukan kawan2 dia pujuk dia.  Menangis meraung2.  Standard aku bila orang menangis, aku nak menangis sama.  Puas aku keraskan hati aku... aku diam jer.  Kalo aku yang pujuk...ntah2 aku lebih teruk meraung dari dia.

Aku cuma membayangkan jika kejadian itu terjadi pada aku... Ohhhh.... sedihnya... Anak kita meninggal dunia.

20/3/13
Walo aku dah menolak offer keje di Pulau tapik dalam hati aku semacam tak puashati bila nengok beza RM600 untuk menyamai gaji yang akan aku dapat bila keje di sana.
Puas aku pujuk hati.. ala...RM600 itu tak boleh ditukar dengan jumpa anak2 dan emak setiap minggu... alaaa..duit banyak itu tak boleh sama bila aku tak perlu terkejar2 bangun pagi... alaaa... duit itu tak boleh ganti dengan kebebasan yang aku dapat bila bekeje.. suka2 bersoping sana sini taim keje..
Cuma... aku pikir...mmmmmm.... sampai bila aku nak pandang muka bangla2 nih?
Tetiba aku rasa menyesal tolak tawaran tuh!

18/3/13
Naik flite ke KL sebab tambang murah... RM26.00 pegi, RM29.00 balik... kalo boleh 1 kampung aku nak bawak pegi sama.  Laki aku kata.. macam tak penah naik flite.. hahaha...  nak tergelak pun ada... dia je yang tak tau, sebab aku tak penah bagi tau.
Bapak penat sebab kena naik bas lagi... nak abeskan masa tunggu malam..lepak kat Times Square.. makan sana sini... Naik LRT... menapak.. Kat epot pun asek makan jer...
Yelah... w/pun tambang murah...tapi belanja banyak!

(Ohhh... nasib baik ada orang bagi duit... siap tukar kasut, melecet berjalan jer.. double nasib baik... laki aku sudi bayarkan harga kasut tu...)


10/3/13
Aku menjahit jelujur lencana sekolah kat tudung anak.  Mata aku terlekat kat segmen bintang mencari bintang.  Sambil tu terus juga menjahit.  Bila selesai, aku tarik tudung...seluar yang aku pakai, terangkat sama.  Gile!!
Rupanya aku terjahit dengan seluar aku sekali.  Vodo!! Tak jadi keje kena tetas balik jahitan tu..dan jahit semula..jauh dari seluar aku.

9/3/13
Macam biasa...aku dah ready duit dan kad masa nak bayar kat tol.
Hulur kat adek tu...
"kak..nak bayar pakai kad ke cash?"
Dalam hati...
"kenapa nak tanya... kan aku kat lorong cash...duit pun aku dah bagi"
"Bayar cash dik"  baik jer jawapan aku.
"Ni kad touch n go ni?"
Baru aku perasan...aku bukan bagi kad masuk highway... tapi bagi kad touch n go.

Pengurusan highway E22..sila ambek perhatian... selain dari saya konfius dengan kad touch n go... saya juga agak was-was tentang kebersihan kad highway anda.  Kenapa kepam sangat?

6/3/13
Ada hari-hari yang bila kita start macam shilaka dan akan berterusan sepanjang hari, kan?

Kol 5 pg aku dah bangun balik kampung nak bawak mak check up kat sepital.  Bukak kad appointment.. 4/3/13!  Shit!!!  Kenapa aku salah nengok tarikh hari tu?
Nekad jer pegi sepital, sampai sana parking kat ujung dunia.. di gerigi batu.  Nak selit appointment hari ni.. tak dapat gak.   Dah penuh sampai petang.  Shit!!!
Tolak wheelchair ke ujung dunia... nak ambek kete... kaki terpelecok kat gerigi batu.  Selipar terus putus...di bawah terik mentari gitu.  Cuma nasib baik..kaki aku tulang besi..tak bengkok..otot aku menganjal, tak terseliuh.
Ok... mak kata nak shopping barang kat tesco.  Tolak troli, tarik wheelchair mak sekali gus... tak sampai hati nak letak mak kat foodcourt sengsorang.  Jadikkkk.... semua orang nengok... taktau kenapa.  Pelik kot?  Tapik aku anggap derang terkesimarama dgn kekuatan aku.  Aku nampak jer macam makcik..tapik tenaga aku kuat macam popeye. Muahahaha...
Sekerat jalan nak balik kg, anak call tanya album yang dia nak...aku lupa nak bawak pulak.  Sudahhhhh.... melalak2 takut cekgu marah. Takkan nak patah balik. Nasib baik teknologi dah canggih... scan dan email jer..tapi terpaksa susahkan orang pulak. Settle.
Siap sume.... tido jap cari tenaga yang hilang.
Duit ada RM18 jer.  Nak balik, anak mintak RM10.  Balance RM8. Tol RM11.20.
Camne??....
Kehidupan ini memang tak lari dari masalah.  Kecik atau beso...
Jangan tanya macam mana aku lalui kehidupan ini....  aku sudah di opis... makan cukup... tido cukup... buat lawak selalu... Aku nampak ok... dan aku ok untuk lalui semua ni.

Jangan pikir dan jangan tanya. Lalui saja.

22/2/13
Kat kilang, dari boss hingga ke pekerja... semua lelaki.  Aku sorang jer fomfuan.
Bukan nak cerita tentang kemanjaan... itu sudah mesti.  Tapik.. kekuatan!
Aku telah mematahkan kunci ofis di tombol pintu dan sekerat terlekat di dalam tombol.  Bila aku mengadu pada engineer aku, soh nengokkan sebab ofis takleh bukak... dia macam tak percaya.
"Camne mende keras ni boleh patah?"
"Mungkin duplicate kot.. tak ori..."
Dia geleng macam tak percaya... korek2, kuar yang sekerat tu... dia tekan kunci tu...
"Hanya MONSTER sahaja yang boleh patahkan mende ni"

Kejam statement dia.

18/2/13
Banyak mende yang aku nak tulis kat sini seperti aku menulis diari. Tapikkkk tak dapat kot...  kenapa aku malas betol nak bukak diari aku?   Rasa macam malas nak baca semula mende2 menyakitkan hati tu.

Hari ni...aku bersiram dengan petrol, walopun bukan menyambut Thaipusam nak vel-vel.  Apalah punya low maintenance stesen minyak tu... aku isi minyak full tapik...minyak tak stop sendiri..  Apa laga... melimpah ruah kekakiku ini.  Nasib tak pakai kasut baru berharga RM79.90 (hahaha...  aku dah kurangkan 1 titik decimal ) Kalo tak..aku mintak pampasan kat stesen minyak tu..

Terus gi KDN dengan bau petrol dikakiku ini.  Hari ni aku settle permit.  Esok permit tamat.  Giler?...tak kot...bertahun2 aku buat camtu. 2 tahun lepas, aku wat permit budak on the day permit expired. Cuma aku sikit lagi jadi giler... gelabah tak tentu pasal kalo ada yang sangkut.. huaahuahhuaaa.


4/2/13
Tersangat busy keje disebabkan kelalaian aku.  Permit budak2 dah nak expired.  FOMEMA tak buat lagi... 3 passport hilang di tangan agent bila mintak renew passport.  Itu pun baru aku perasan yang passport tak valid nak buat permit.  Bila hilang kena wat report polis.
Mengagau2 aku mencari masa.  Duit kompeni pun ciput.. nak kena bayar levi dulu.. Gaji pun aku kira pukal jer... kalo tak cukup, bulan depan baru tambah.
Penat kan keje macam ni...?
Bos aku pulak... menghanjeng2 perasaan aku bila kata, ada orang nak beli kilang ni... tapikkkk.... kesian kat pekerja.
Aku?
Ahhhhhh..... Sume keje aku tawakkal jer... sebab aku lebih percaya pada kemampuan Allah.  Jangan bataskan kepada kemampuan kita.. sebab kemampuan kita sentiasa punya had!

2/2/13
Aku tak penah pakai bra berharga RM10 ke bawah.  Selain takde size, tali bra itu pun tak boleh menampung kantung yang besar dan berat.
Hiksss!!
Paling murah pun bra aku RM79.90.
Tapik... tetiba aku rasa mengong kerana percaya promosi daripada syarikat jualan terkemuka ini... harga asal bra ialah RM39.90 selepas diskaun RM29.90.  Kawan aku soh aku beli katanya elok.  Akupun beli tapi pakai sekali, kerana tak selesa.

Hari ni aku beli bra yang sebijik sebijan sama dengan bra RM29.90 tu ari..sebab harganya ialah RM7.90...(tanpa jenama terkenal).  Memang tahu tak selesa... tapi aku sakit hati tertipu berkali2 dengan produk macam bagus tapi tak bagus.  Beli yang murah dah tentu percaya ia tak bagus! Kan???

Tak rasa macam ditipu...kan?????

28/1/13
Adakah henpon aku seperti note book aku?

Aku turun dari opis dengan note book (yg dlm gambar laaa... bukan notebook zaman sekarang ni).  Aku terpikir kenapa aku bawa mende ni turun.. apa yang tak kena?
Ye... aku tertukar mende ni dengan henpon.  Henpon aku elok jer terletak atas meja.
Dan aku rasa aku harus tukar henpon aku kepada notebook yang sekarang!

25/1/13
Orang sibuk bercuti bersambung.. aku sibuk membawak anak ke opis. Jadi aku bz.
Itu bukan ceritanya.  Yang aku nak komplen kat sini.. Aku ingat orang jer ada perumpamaan bagi betis nak peha.  Rupanya kucen2 aku ada nokssss...  Sekarang bilik tido aku asek ternganga jer pintunya... mereka telah mengubah tempat tido dan berak mereka. Semua dilakukan di master bedroom iaitu di bilik aku.  Guna jamban aku tu yang tak tahan.....
Vencik tau!

21/1/13
Vodo ke?
Aku membuat jeruk mangga di opis.  Aku lupa aku ada beli mangga muda potong dan masuk dlm fridge opis.. bila buka fridge.. adoiyaaaa... dah nak kecut mangga tu..
Jadi sila kreatip sebelum campakkannya dalam tong sampah.


....lagi kreatip, sila buat dalam termos air.  Kuang 3X.

18/1/13
Aku buat perkara vodo yang sama lagi hari ini.
Iaitu,........ berkemban dan sarung T-shirt jer menghantar anak ke sekolah.

16/1/13
Aku dapat offer dari ex-boss aku untuk pegi interview keje resort di sebuah pulau.
Yang membuat aku rasa bodo tapi buat jugak... ialah, berlagak sudah dapat keje di sana.
Aku sudah tidak mengendahkan keje di sini.  Dari pagi sampai petang nengok u-tube dengan transfer gambar2 ke picasa dan sibuk2 cari kotak.
Padahal...interview pun belom lagi!

15/1/13
Kucen2 aku beransur sihat...tapi rimasnya kemanjaan derang level 6 punya... asek ciom2 aku.  Gesel2 kaki sampai nak berjalan pun payah, asek bersilang pangkah dengan badan derang.
Apa aku buat? Disebabkan aku kekurangan wang untuk bawak derang ke klinik.. aku beli panadol kanak2 dan bagi derang makan mende tu jer.. pastu ditambah dengan supplement spirulina syer dengan aku.
Vodo tak vodo belakang kira.. janji berubat!

14/1/13
Aku biasa nengok mak-mak budak anta anak ke sekolah pakai baju kelawar hijau, tudung merah di depan sekolah.  Nak cepat lettew  tapi aku belum penah jumpa mak orang anta anak berkemban.
Tak jumpa sebab aku yang buat!
Vodo tahap giler babeng tu... anak2 sekolah menengah dah bapak aku anto takut gate tutup..
Yang sekolah rendah ni terkial2 mengepin tudung.. dapat mak tak reti pakai tudung.. senget benget laaa... pastu dah lambat.. dari kemban lepas mandi tadi terus sarung T-shirt beso, start engin..pecut depan sekolah.
Nasib anak paham kenapa aku tak kuar kete...
Vodoooooo...... kerana tak nak anak kena denda...apa pun boleh.

12/1/13
Hari ni aku bagi kebenaran kepada kucen2 aku tido di tilam semasa ketiadaan aku.
Masa nak naik tilam tadi punye ler slow motion, takut aku perambat dengan penyapu..
W/pun aku rasa bodoh bagi kebenaran kerana derang akan meninggalkan kesan bulu, pasir dan mungkin muntah di atas tilam, aku bagi jugak.
Sebab?... Derang diserang demam selsema.  Kesian.... aku takde duit lebih untuk vaksin 4 ekor kucen.

Oh... macam aku kecik2 dulu...kalo tak demam, tak merasa makan anggur bergugus-gugus.  Bila takde selera baru nak beli anggur.

7/1/13

I is stress.
Aku tau dalam situasi camni, sume orang stress.  Bos aku.. engineer aku..pekerja aku dan aku sendiri stress.
Tapik jangan kerana stress.. sume mende nak marah. Mende kecik pun nak marah...buat orang lain tambah stress.  Ingat dia sorang leh marah..   aku pun boleh!
Aku bila stress mulalah meroyan tak tentu arah... tipon buat pasal, aku hempok sampai senget gagang dia (jgn bgtau boss aku).. aku jugak menghempok compressor ekon dgn penyapu sekuat hati bila buat pasal... asal compressor jalan jer..trip.  Hangat tau!  Hangat luar dalam!!!
W/pun perlakuan yang agak vodo.  Aku buat sebab geram!
Terus balik umah tido.  Terjaga kol 10.30 mlm... terkulat2 mata takmo tido smpai jam 4.
Stress jugak!

5/1/13
Aku dah update pepanjang berjela, bila blackout... sume ilang.  Bodo!

3/1/13
Kilang tak operasi tapi aku masih di opis.  Gaji kena kira jugak.  Report kena buat jugak.
Bila buat sambil fikiran melayang... bila guna chop kampeni asek terbalik.  Kena print report semula.
Vodo!

2/1/13
Lama dah kami tak sesenyap ini ketika duduk bersama.  Kalo merajuk tu standard laa..
.......senyap jer.......
Masing2 layan perasaan.  Dan aku sendiri tak tau apa yang aku fikirkan.
Keje?  Duit?  Makan?  Kawan?
Entah!....

Hari ni jugak aku menghempas tipon opis dan mencampak henpon aku dalam tong sampah di depan pekerja Bangla.  Bukan marah ke dia...tapi sakit hati dengan dua-dua talipon tidak berfungsi dengan baik.

*opppsss... aku kutip balik henpon aku lepas tu... giler ko.  Orang kaya pun tak campak henpon tacskrin gitu2 je*

1/1/13
Berita paling vodo dan tragis ketika menyambut tahun baru ialah kilang aku nak TUTOP!
Giler koooooo.... tak menjeruk rasa gitu.  Hutang berlambak... anak baru naik sekolah.  Harapan bonus Raya Cina musnah.
Vodoh!
Buat aku tak tido malam.




HABEH DAH KE'VODO'AN TAHUN 2012

13/12/12
Buat report tak siap2... mana taknya... aku melayan cerekarama dan tersengih2 sorang di opis.
Bos?!!!
Eh!  aku ada bos ke?...ke ni kilang aku?  Konpius...

12/12/12
Nombor yang cantik... tapi takde apa yang menarik berlaku dalam diri aku, melainkan bayar hutang kepada boss... setelah aku rasa sangat perlu memberi wang itu kepada kawan aku!
....
Tuhan itu maha adil dan penyayang... bulan ni aku dapat skip bayar hutang berjumlah riban2, postpone ke tahun depan.
Dan yeessss!!!  Ini bukan bodo tau.... ni kena kuat tekad dan nekad.    Hari ni aku delete nombor LO dan kuburkan cerita dia.  Nekad!  Takde gali2 semula seperti dulu2.


11/12/12
Balik dari keje aku nengok roti Massimo aku bersepah dan berkirai2 atas lantai.  Aku belum makan lagi tu.. baru beli semalam.
Taktau kucing mana punya keje... sebagai denda, aku hidangkan roti itu sebagai dinner derang.  Makan korang sanah!  Nak sangat kan....
Aku tak bagi nasi atau ikan...atau jajan frisky derang... Esoknya kol 5.30 pagi derang mengorek2 badan aku ketika aku tengah tido mintak makan.
Fadan mukah!

9/12/12
Sekarang aku dah tau apa yang harus aku samakan dengan air 'itu'.   Rasanya seperti sup creamy cendawan yang basi!
Ungu.... sila ambil perhatian!!!!

8/12/12
Tarikh yang sama waktu yang berbeza.  Aku tak dulik..aku nak share jugak kat sini.
Aku menangis yang beria2 kerana terasa ditinggalkan oleh family aku ketika mereka berkumpul makan2 untuk meraikan mak aku.

Aku rasa bodoh menangis beria2 sambil mengadu kepada kawan tentang rasa hati dalam bahasa omputeh.  Dalam keadaan sedar dan terkawal pun bahasa Inggeris aku lintang pukang..inikan pulak dalam keadaan jiwa huru hara.. aku tak tau kawan aku paham ke tak.

Tak kesah laa... janji aku menangis dan merajuk!

8/12/12
Masih di epot ketika jam 12.30 pagi.  AA delay flightnya... Ini akibat mahu mengejar wang menjadi pemandu peribadi kepada pekerja sendiri...huhuhu... itu tidak bodoh sebenarnya.  Itu adalah kehidupan.
Yang vodo aku nak share kat sini ialah... balik dari epot dah kol 1.30 pagi, aku mahu tidur tapi kucing2 aku kecik beso bertebeng di celah2 aku.   Siap nak bergado dengan Punton pun ada...
Jadik.... aku dah senyum dulu.  Memang aku nak terkentot.. taim derang tengah pandang memandang sesama sendiri dengan perasan nak bergado.... aku kentot sekuatnya...
Dan..hahahaha... derang semua lari bertempiaran sampai terlanggar2 pintu keluar dari bilik.
Oh Gosssssshhhhhh.... aku senyum sampai ke telinga sambil memeluk bantal.

7/12/12
Rasa sebal dan tak keruan dalam jiwa telah reda, jadi aku kembali membuat perkara yang tidak tercapai dek akal.
Pagi tadi, aku memicit ubat gigi dan selet di berus gigi.  Bila aku nak letak balik ubat gigi tu... OMG... inikan cleanser Olay Regenerist aku??!! omai..omai... nasib baik belum terberus gigi jer... Kalo tidak sure gigi aku lembut dan gebu.

6/12/12
Aku wish mak aku besday dan berharap mak aku tak menangis... tapi dia menangis jugak!  Welaweyyyyyy... aku ni kan otomatik bila  orang menangis, aku pun akan menangis sama.
Bos aku masuk opis nengok aku tengah stroooottt...strooottt hidung aku pada tisu jamban.

5/12/12
Hepi Besday mak..  kata ayah mak menangis bila ayah wish dia.  Jadi aku ambik keputusan tak wish mak hari ni.
Yang lainnya, terasa diri sangat mesken hena bila kena berpikir 10 kali nak mengeluarkan duit w/pun untuk makan.  Aku berada di frasa bahagian bawah bila roda kehidupan bergolek!

28/11/12
Aku sekarang memakai showel gel lelaki, cleanser lelaki, kadang2 perfume lelaki dan bercerita hal2 moto atau kereta macam lelaki.
Bukan aku nak jadi tomboi balik... tapi semenjak anak jantan beso aku dok dengan aku... otomatik aku guna barang2 dia.  Sebab?...
Sebab aku beli barang2 dia, kena kongsilah kalo nak bajet, kan?

26/11/12
Akibat asek gi makan2 minggu ni... aku takut nak naik kat penimbang tu..  Siap baca bismillah...  Kalo menten 74-76 kg, aku nak gi makan lagi... tapik... dah naik 1.1 kg... oh!... still ok lagi ni..belum 78kg lagi!
Haha... aku akan jadi vodo bila bab makan2 ni dalam mengira kalori.

16-22 /11/12
Urusan keluarga yang banyak dan masalah bertimpa2 buat aku stabil tidak melakukan perkara yang bodoh... kadang2 membuat perkara bodoh ketika jiwa tengah huru hara akan mengakibatkan kita sangat stress seperti mahu menghempas henpon, menerajang kawan atau menunjukkan isyarat jari tengah ke pemandu lain.

15/11/12
Orang menyambut awal Muharam dengan berposa atau membaca doa2.. aku pulak menyambutnya dengan menyimbah minyak panas ke kaki...  Giler pedih.  Macam nak berguling... aku melumur ubat ramuan rahsia setengah botol.  Huhu... keranamu tempeyek!


12/11/12
Membawa anak remaja dan aku berusia sudah melepasi tahap awal 40-an, vodonya... ada orang yang masih mahu mengurat aku.  Lebih bodohnya...yang mengurat aku tu spisis Shah Rukh Khan..   (muka hensem angkat tangan, fengsan..kekekek...)  kalo ala-ala TENGKU tu...  ok lah jugak! kan?

11/11/12
Korang tau apa rasa di dalam hati seperti terikat di dalam genggaman?
Sangat rimas occayyyy.... seperti mahu marah pada semua perkara!

10/11/12
Ini hanya luahan rasa.
Aku nampak ok bagi mereka yang tak berapa rapat dengan aku.  Bagi yang rapat sangat dengan aku, aku mintak maap sebab membuat ko serba salah.  Aku menangis dari pagi sampai petang membawak ke malam.  Aku diam sekejap dengan aktiviti harian, selepas itu aku akan bantai menangis lagi.  Tisu aku dalam kete sekotak sari!

09/11/12
Membeli barang basah seperti ikan, sotong, udang, ayam, pisang lembik di pasar untuk stok seminggu.
Suka kan shopping bebanyak gitu?... macam puas hati jerrr.. Murah2 pulak tu.
Vodonya... peti ais aku kecik.  Aku lupa kot... ingat rumah aku ni ada peti ais macam kat kedai tu leh simpan banyak barang.
Sudahnya....aku defrost ais kat peti tu bagi nipis supaya leh sumbat memenda ni sume.
Defrost???? yelaaaaa... peti ais aku tu secondhand dari HANG TUAH!

08/11/12
Aku datang keje dengan mata bengkak akibat menangis yang beria-ria semalamnya.
Berdengu-dengu aku menangis. Korang tau kenapah?!
Sebab aku bengang tak dapat nak belasah anak kucing yang berak dalam kabinet menyimpan sabun.  Bukan 1 tapi 4 longgok.
Kesian nak belasah sebab muka derang kiut.  Tapi derang mendera fizikal dan mental aku.
Sebab itu aku menangis macam orang mati laki!

07/11/12
Tiap petang kawasan perumahan aku, akan diperasap dengan fogging jabatan kesihatan kerana disahkan kawasan denggi.
Pagi tadi dalam bilik mandi, aku terasa2 bilik aku penuh asap.  Takkan berfogging di pagi buta?  Takde bau ubat asap tu pun...tapi bau minyak terbakar.
Terus aku berlari ke dapo dengan gayung ditangan.  Langkah keselamatan katanya.

Vodoh!!!! Lepas aku goreng jejemput udang, aku lupa tutup api laaaaa.... minyak dalam kuali berasap2, nasib tak terbakar jer.

06/11/12
Aku memerin invois dengan banyaknya dan lajunya, tiba2 salah satu invois aku terkoyak sebelum aku print.  Aku malas nak cancel, aku selotepkan.  Pastu print... vodonya, aku lupa nak susun ikut berkarbonnya.  Nasib aku cek.. klu tidak, aku bagi kat akaun, invois kosong!

05/11/12
Papadom aku ada 3 keping jer dalam tipuwer tu.  Tapi dah dekat seminggu aku ulang alik bawak ke pejabat 3 keping papadom tu tanpa memakannya.  Balik umah, bawak naik... g keje...angkut sekali.  X ke vodo tu?...  Tadi baru aku makan dengan cara mengoreng semula.

02/11/12
Korang selalu ke bila masak, kain buruk pegang kuali tu terbakar?  Aku selalu dowhhhh.... selalu sangat terbakar.  Pagi tadi masak mihun pun kain buruk aku terbakar.
Giler bodo klu itu punca rumah terbakar.

31/10/12
Ko tau apa rasanya bila rambut ko tersepit di celah ketiak Bangla atau India yang baru lepas keje berpeloh2?
Ha!Ha!Ha!
Aku gelak sampai putus napas.  Macam rasanya syampu di rumah tak cukup untuk melumur 1 kepala.  Giler geli.

29/10/12
Kawan bos aku masuk ofis ketika bos aku menyapu dan aku terkangkang depan pc.
"Wah! Bos sapu?"  dia tanya aku.
"Bos rajin" aku jawap.
Aku tau lepas ni, mungkin ada cerita mengumpat aku dgn geng2 dia, aku pemalas nak mengemas opis.
Aku pulak akan bukak cerita dengan geng2 aku..
"Korang ado big bos menyapu taim ko baca blog?  Korang mampu datang kol 11 pagi, bos kena on ekon kol 8 pagi?  Voley????

Ini bukan cerita rekaan, korang kena tahu macam mana nak buat boss sayang korang sampai tak kuasa nak marah dan suruh2 korang buat keje.

*senyum sampai ke mata*


28/10/12
Aku cuba nak rahsiakan lawak bodo ni... tapi asek buat aku ketawa sengsorang.
Aku nak share ni... Hari tu Misha dengan Az bertelagah.
Az ~ "Ni si Misha pakai sarung tangan getah buat kondom"
M ~  "Biarlah Nyah.."
Az ~ "Jimat katanya... sebelah sarung tangan dapat 5 size, kerat
      tang jari2 tu..boleh pakai 10 kali"
Aku tetiba menyampuk... "ah biar betol korang.... kalo tang ibu jari tu...mistilah size XXL, tapi kan pendek?"
M ~ "Ala kak.. yang XXL biasanya pendek, kalo tak, serkup jer
      macam kupiah"


*fengsan dgn lawak bodo camni*


21/10/12
Jual tempeyek tak banyak mana, tapi boleh terendam jari dalam minyak.
Nasib ada minyak hikmat ramuan rahsia.  Nanti aku war-warkan rupa minyak itu.  Mujarab sungguh.

18/10/12
Apa rasanya bila berjumpa dengan orang yang ko tahu minat ko setengah mati hanya kerana nak menjual tempeyek?
Aku rasa seperti menyerah diri... untuk menjadi tontonan jiwa dan raga dia.
Perrhhh!!! Mak howttt nyah.

15/10/12
Gi kedai bawah beli tepung dengan toncet tinggi dan baju kelawar.    Ini adalah akibat bila aku nak ambek tepung nak wat tempeyek, baru teringat aku tertinggal kat kampung.  5 kampit pulak tu...

14/10/12
Ini tokeh tempeyek okayyyyyy.... mana leh salah bancuhan, hari2 godak mende yang sama.  Aku pun terus mengodak dua bancuhan sekali gus.  Belakang, bila goreng tempeyek aku mengecut.  Kenapa nih?...  Keras kebatun pulak tu... Mengapa?... Mengapa?  Why? Why?....  sedangkan bancuhan tu sama macam biasa. Ahhhhhhh..... frust!!  Tutup api dapo, campak adunan dalam singki!

Lagi... ada ko tenyeh lip liner kat kelopak mata?  Aku ada!  Bodo rasanya dengan kelopak mata warna merah.  Bukan sengaja.. tak sengaja, aku ingat celak.  Batangnya serupa jah!

13/10/12
Aku sangat pelupa sekarang...kadang2 perlakuan tak sama seperti yang dipikirkan saat itu.
Sebenarnya aku mahu mengambil memory kad dalam kamera aku, instead dari ambek memory kad itu, aku pegi charge bateri kamera dan aku terus kuar umah.  Bila nak guna memory kad tu, baru aku teringat apa yang aku buat tadi.

Begitu pun aku tak terasa sangat bodo sebab orang lain pun ada yang buat mende bodo.. kawan aku masukkan kad parking kat slot masuk duit tu, pastu terus kata mesin bayar parking tu rosak tak nak sedut kad.  Aku gelak bagai nak gila.. hari2 ko pegi JJ pun, ko boleh tak reti guna mesin tu?

12/10/12

Situasi ~ ujan sangat lebat ketika aku selesai urusan bank.  Lantas aku membeli apam balik di depan bank dan air di 7e, hanya kerana ingin menunggu ujan  reda sedikit.
Aku ambik port berdiri di ujung bangunan kedai dan makan.  Datang seorang lelaki cina yang tua memandang aku atas bawah.
"Ye uncle.. mahu apa?" aku menegur baik.
Dia tidak menjawap tapi memberi isyarat.. dan bertanya mahu atau tidak dengan angguk dan geleng sahaja.
Aku geleng tanda taknak.  Aku tunjuk apam balik yang aku makan.
Aku mahu ketawa bila aku sendiri mensalah-ertikan apam balik yang aku tunjuk itu.
Apa bahasa isyaratnya?
Jari hantu tangan kanannya dimasukkan ke dalam genggaman tangan kiri.. dan jari hantu digoyangkan ke depan dan belakang.
Funnnn kan?.. Aku tak tunggu hujan reda lepas tu pun.  Terus terjah ke kete.
Aku kuyup dan rasa bodo kerana berbudi bahasa dengan orang yang tak reti berbahasa.

10/10/12
Akibat mahu berebut parking di hospital JB, aku tak turunkan mak aku kat depan pintu kaunter, terus tuju parking yang baru dikosongkan... dan, itu laaa... aku pinjam wilca hospital dan menolak mak aku di jalan raya yang sungguh tidak rata.  Mak aku bergetar2 badannya termasuk menahan nafas ketika aku menaikkan wilca ke atas divider jalan.  Buat keadaan semakin parah, aku terpaksa memimpin 2 orang budak kecik yang main lintas ikut suka.  Penat tau.  Peloh2 i.

8/10/12
Lega, walopun kelam kabut keje tapi mampu dapat gaji pada waktunya.. permit budak keje beres.  Cuma aku kesian nengok blog aku ni.... suram!  Sama suram dengan jiwa aku yang kelam.


5/10/12
Ini bukan bodo kot... tapi saja cari pasal.  Buat permit budak keje, last minute lagi 5 hari nak expired permit baru nak uruskan semuanya.. tak terjangkau pemikiran bila keje banyak bertimbun2 dan datelinenya sangat dekat.  W/pun buat tapi banyak silap.  Bila date insuran aku tak sama dengan permit, aku tertalipon2 orang nak confirmkan boleh atau tak... orang pun sibuk jugak dari nak melayan soklan aku. Makanya terkial2 dalam rasa yang huru hara.
Pedih jiwa!  Padan muka!


2/10/12
Aku tidak mendownload WhatsApp w/pun telah lama diminta oleh skandal2.  Tetiba bila rakan sesekolah nak adakan forum wasup ini dan tak mahu dikatakan vodo IT, aku download siap letak gambar sekali.  Dannnnnnn.... bekas2 skandal mengwasup aku lebih aktif dari forum budak2 sekolah lama aku.  Dannnnnn.... demmmmm....hp aku berpling plang pling plang tak henti2 termasuk emailnya sekali..
Agak2 kalo aku kata, aku bodo IT pun dah kira pandai kot untuk mengelakkan huru hara jiwa.


1/10/12
Aku rasa aku sudah pandai dengan menyangkut seluar jeans di pintu jamban di HUKM.  Pintunya tak ada lock.
"Misti orang akan tahu ada orang didalam dengan melihat jeans aku" begitu aku bermonolog sendiri.
Tiba-tiba pintu jamban ditolak dengan kasar.
Dahlah aku tengah berak.  Giler! Bodo! Tak nampakkah seluar aku tuh?!!!
Maka aku berbalas pandang dengan budak pompuan berusia dalam 5 tahun.
Mengapa aku tidak terpikir yang akan masuk ke jamban itu adalah budak yang tak paham apa2 tanda?


28/09/12
Akibat mahu berjimat tidak mahu menghantar akuarium untuk dibaiki, atau akuarium itu terlalu berat untuk dijunjung.  Aku guna glue gun untuk menampal ketirisan yang tidak nampak.  Ujung2 plastik glue gun itu lekang bila terkena air.  Vodooooooo...huhuhu...fenat jer menembak.


26/09/12
Bangun pagi jer... bau 2nd jamban aku sangat menusuk. Oiiii..korang berak apah malam tadi?  Begitu aku bertanya pada sang kucing.
Sudahlah berak cair, lepas tu tak berak di pasirnya, berak di lantai dengan kelihatan chop tapak kaki dari tahi.  Dari jamban terus ke dapo chopnya.
Vodo!  Pagi2 aku sudah menjadi Nirmala Bonet menghayun mop!


25/09/12
Aku baru teringat air boleh mengalirkan elektrik ketika aku memegang wayer pam akuarium ikan dengan tangan basah. Terasa jari jemari aku kembang. Bukan kerana aku tak lap tangan..tapi akurium aku bocor kot, kerana ada titisan air dilantai!


24/09/12
Kucing aku baru berusia 4 bulan itu hilang sepetang.  Aku mencari sehingga malam dan berpeluh2 berpusing sekitar kawasan perumahan. Tiba2 hati terdetak bila dengar kucing "bergado" di tingkat atas. Oh!...tadi cari tak jumpa, sekarang aku jumpa tengah bekejar-kejaran dengan kucing jantan berbulu lebat!
Lucu dan vodonya... kami pemunya kucing2 itu berjanji akan berdatingkan kucing kami esok petang sekarang hari dah malam!!!
Dem!!! Sungguh so sial pemikiran kami.


22/09/12-23/7/12
Makan..makan... dan makan...sehingga perot mahu meletop. Ketawa..ketawa..dan ketawa seperti mahu kena kekejangan rahang!


21/09/12
Katanya tokeh tempeyek.  Betolll... tapi aku rasa tokeh yang ada kilang tempeyek pun tak buat tempeyek dalam gelap.  Aku buat derrrrr... dah siap aku bancuh adunan, boleh pulak lampu dapo meletop.  Nak tak nak, goreng jugak dalam gelap!


19/09/12
Aku ingat aku jer buat mende2 bodo tak bertempat ni... rupanya ada yang lagi bodo dari aku.
Agenda menyelamatkan sepapan telur dari pecah berhasil tapi tertinggal kamera baru beli atas bumbung kete.
Dia :"Mana kamera tadi?"
Aku :"Last sekali i nengok u letak atas bumbung kete"
Dia :"Shit!"
Benti di tepi jalan yang sibuk dan boleh bersujud syukur di jalan tar kerana kamera itu tak jatuh setelah memandu sejauh 5km!


14/09/12
Aku ingat kat Mekah jer kita akan bertawaf tapi kat JB pun aku buat.  Akibat tersesat nak masuk flyover ke Terminal Larkin sebab aku nak menyeberang ke kastam dari bandar.  Aku pusing flyover yang 3 tingkat itu 2 kali.  Jadi 6 round aku memusing stereng. OH! Belum cukup kiraan untuk bertawaf!


13/09/12
Aku selalu rasa aku buat perkara bodo iaitu terlalu outspoken. Kadang2 aku rasa tidak jugak kerana percikan api dimulakan oleh pihak lagi satu.
Dia adalah rakan rapat paling lama berlainan jantina.  Memang kami ada jugak bertelagah pendapat tapi bila aku bersuara, dia akan senyap 3-4 bulan.  Aku tau persahabatan tak putus, tapi aku rasa bodo menempelak rakan baik sendiri kerana pendapatnya.


12/09/12
Kete aku naik divider ketika menaip sms.  Nasib baik turun balik. Kalu tidak....BALA!


11/09/12
Entah berapa kali aku pakai jeans bertampal kain elastik spender itam ni.  Hari ni aku pakai bila anta mak aku ke HSAJB buat check up. 
Tiap kali aku nengok tampalan tu aku senyum.  Anak pompuan aku terus gelak sebab masa aku menampal tu... dia ada!


10/09/12
Aku bodoh sebab percaya kata anak!  Sebenarnya dia menipu aku.


08/09/12
Tiap kali aku serabai, rambut macam lepas kena rogol.  Aku terjumpa skandal lama.  Pasti... ini adalah harapan untuk aku bertobat!  Hahaha.


06/09/12
Macam pandai jer kan tak buat perkara bodoh hari2?  Melampau2 kepandaian aku ni, sebenarnya menjadi aku, hari2 ada jer mende bodoh sengaja atau tak sengaja aku buat.  Ada jugak aku tak kongsi kat sini sebab kemelampauannya.


Hari ni, aku telah menumpahkan separuh dari cili jeruk aku ke dalam singki akibat tersinggul.  Semerbak bau cuka kat dapo. Kenapalah dapo aku kecik sangat ni?

Aku perlu cari rumah yang berdapo besar lepas ni!

30/8/12
Dekat 2 minggu aku menjadi seorang yang pandai dengan membuat bodoh pada semua perkara, termasuk tindakan bodoh orang yang kata benci aku tapi tetap mahu aku dengan mengugut2 orang yang rapat dengan aku.  Bodo piang!!!  


14/8/12
Lambat pos tempeyek BA.  Patutnya awal lagi aku leh anta.  Tak terpikir langsung yang dekat hari raya, pejabat pos baru nampak berkeje.  Mahal lak tu... menjadikan aku rasa sgt bodo suka tangguh2 wat keje.


13/8/12
Buat kali ke-3nya aku buang adunan tempeyek dalam singki.  Angin aku... bancuhan sama.. dah tukar dari cap teratai ke gajah kepala 3, bila buat tumpi... misti keras macam boleh buat memotong piza.


11/8/12
Nak g keje baru cari purse.  Tak jumpa...puas aku punggah semua tempat.  Aku gelabah.. dalam tu ada beriban-riban duit aku n orang. Pasrah.  G kat kete...ada jer tertonggok kat seat kete.  Semalaman ko tido dalam kete ek?


7/8/12
Pagi2 dpt call berita yang tak sedap didengar tapi aku wat bodo laaa.
Pastu siap nak g keje,kat kete selok poket hp takde.  
"Ahhhh... misti tinggal kat meja kopi tadi"
Memanjat tangga semula, tapi hp takde kat situ.  Cek henbeg, ada dalam henbeg.
Bagiol... penat jer aku memanjat tangga lepas tu terpaksa berkejaran dengan kucing yang kuar dari rumah!


6/8/12
Balik umah tido dgn Kembang dalam waktu keje.  Masing2 terlentang. Pisat2 bangun basuh muka terus gi ofis.  Tak sikat rambut pun.  Tiba2 ada mamat datang nak bayar sewa bangunan.  
Kesiyal jer.. selalu camni, bila buruk ada je yang nak jumpa!


Weekend
Aku penat!


3/8/12
Dah siap pakai apron nak wat tempeyek.  Serai takde. BODO.


2/8/12
Aku telah menghabehkan dakwat printer (mmg nak abeh pon!) sebab memerin buku2 yang digilakan sangat oleh Tasuke.  Wahhh.. no bad cerita dia.  Ingat nak baca sambil baring2 tapi sudah abes dakwat dan aku print lintang pukang.
Sudahnya aku buang juga kertas berjumlah 385 keping itu!  


Dan lebih vodonya, catridge baru printer itu tak boleh mencetak pulak. Sekarang aku terpaksa memakai pinprinter yang bunyinya boleh memekakkan telinga.

1/8/12
Dah 3 hari aku pakai jam yang jarumnya tak bergerak.  Aku taktau bateri habes ke, atau rosak.  Belasah jer pakai.  Bila orang tanya pukul brapa, aku korek poket kuar hp. Hahaha... sedangkan sume orang ada hp kan?



31/7/12
Beli kelapa kat tesco sebijik bulat dan memegang ditapak tangan seperti bola ajaib sambil membaca bismillah 5 yang diprint dari blog cekdu.
Aku kesian nengok anak2 kucing aku yang termenung sahaja akibat selsema.  Sumbat air kelapa dan tenyeh gamat balm di dada dan di hidung kucing.


*pssstttt... aku tak penah bawak kucing2 aku ke klinik haiwan.  Biasa aku guna rawatan hemoterapi seperti di atas*

30/7/12
Ajak orang gado dengan aku.  Tapi DIA taknak.  Aku nak provoke2 bagi DIA marah dan benci nengok aku.  Tapi DIA taknak.  Mengong. Atas dasar aku tengah hot-hot chicken shit, aku sms LO TERcari pasal.
Bukan aku bodo.  LO itu bodo tak reti nak menilai, aku baik budi dah sms dia dan meminta maap atas outspoken aku 5 bulan lepas tapi dia merempan2, mengungkit2 kisah lama...yang pada awalnya dia TAKNAK bincang pun. 


29/7/12
Aku g kedai bawak resepi biskut.  Kuar kertas tu pastu rasa masuk balik dlm poket.  Berlari g jamban taim bersopping. Riuh rendah dgn anak dlm jamban supermarket.


Belakang, nak buat adunan biskut. Kertas resepi takde dlm poket.  Vodo... misti jatuh kat jamban tu.. dan aku buat main agak2.


Comey gak kan? Tapi manisnya,..makan setengah balang,esok leh potong sebelah kaki.


27/7/12

2 ekor anak kucing aku selsema.  Kalo terbersin merecik segala hingus derang. Heeeee... Aku bagi ubat selsema aku, kerat 4.  Suku kasik derang.  Dan sekarang derang lalok.


26/7/12

Dah siap2 bancuh adunan tempeyek, cari telur dalam fridge takde. Funddd betol.  Nasib baik kol 8 mlm. Kalu kol 12 mlm?.. takde keje aku nak ke 7-E.  Ada aku campak adunan tu.


24/7/12

"Fiteng"


Matilah ko... 2-3 kali aku baca sms tu, tak paham.  Korang paham?


23/7/12

Bodo tau... ambek gamba aku tengah tido ternganga mulot.  Choiiii.. Burukkkkkkk...















21/7/12

Pegi keje macam biasa. Lambat!
Aku rasa ada bonggol dipinggang jeans aku ketika duduk membuat report.  Aku rasa2... laaaa..mengapa penyepit baju ni ikut sama aku ke ofis?


19/7/12

Aku nyarih tak kuar rumah dengan berkemban tuala saja akibat sangat teruja mendengar suara kembang mengiau2 mencari aku.  Hati aku kembang juga sehingga tak sempat memakai coli!


18/7/12

Kerana nak tunjuk protes dengan maintenance sebab tak baiki flush jamban opis, aku guna tali rafia, ikat kat penarik dalam tank itu, dan boleh guna.. dan sebab itu, maintenance aku tak buat2 langsung flush sebab dah boleh guna walopun sementara!


17/7/12

Takde ke mimpi lain selain dari mimpi bodoh berjumpa dengan pompuan jubo ayam?
Dah tu skripnya, dia nak kawin dengan laki aku. 
Sgt bodoh bermimpi begitu!!!! 


16/7/12

Berbekalkan duit RM70 masuk ke restoran mewah untuk makan 2 orang. 
Bodoh atau mencari bala?


15/7/12

Apa beza "?" dgn "OK" dalam sms?
Patut aku jawap "?" kalau tunggu lama orang tak balas sms.
Bila aku jawap "OK".... akan terjadi pergaduhan. 


13/7/12

Balik keje nengok letrik kat umah takde.  Aku pegi kilang balik utk amek budak maintenance soh nengokkan kenapa?
Korang tau kenapa?  Pasal letrik memang takde kat kawasan tu.  Bodoh!  


12/7/12

Dah siap2 aku isi report ntahapakejadahsampailetrikpunnak, aku nak save tapi bila computer tanya aku tekan 'NO'
oh nooooo.... vencik! Skrg aku isi semula data tadi.


11/7/12

Berbalas jawap dengan keling lap meja kat kantin sepital, kepoh jer keling tu kata aku tak nak bayo barang2 makan sebab aku terus letak kat meja tak letak kat kaunter.
Aku nak soh mak aku makan dulu...kang aku beratur lah bayar.
Silaka tol... kang bila aku kata tobat dengan keling.  Aku vodo. Muahahahaha.....


9/7/12

Berbuka puasa ganti jam 7 pagi. (niat kena adaaaaa....)


8/7/12

Rasa diperbodohkan oleh orang yang bodoh tapi malas nak layan, buat2 bodoh sudah...


7/7/12

Meletakkan setroli barang2 untuk sebulan di kaunter express yang tak melebih 10 barang.
Lebih dari 20 barang kot.  Bodoh!  Tak nengok dulu...main punggah jer..


6/7/12

Aku merempan dengan kawan yang dah lama tak call.  2 tahun.  Last sekali pun aku merempan dengan dia.. pastu aku tak ambek2 call dia.  Agak dah 2 tahun tiba2 dia call.  Aku ingat mungkin leh baik semula, tapik aku merempan sehingga menjerit2 marahkan dia. Dia itu tak reti bahasa kot?!!
Atau aku yang tak reti berbahasa?!!
Bodoh sangat aku rasa, marah orang sehingga terasa jantung aku bagai dipicit2 dengan perkara yang sama 2 tahun lepas!


5/7/12

Rujuk http://www.ned-d-ngamchi.blogspot.com/2012/07/vodo-tak-cool.html


4/7/12

Pegang dan alehkan tangan bangla yang fengsan tu.. tetiba aku rasa mahu fengsan sebab tangan dia sejuk macam mayat.  Aku penah pegang mayat?... tak penah.  Jadi mana aku tahu?  Entah.... 


3/7/12

Tido dalam kete.. tapi leh meleleh air liur basi.  Chaittt!!! tak cool langsung.  Nasib dengan laki.  Kalau dengan orang lain?  Malu makkkkk...


2/7/12

Akibat menyindir laki aku berkenaan dengan pompuan jubo ayam tu... aku kena bayar KFC sendiri, termasuk dia punya sekali.
BodoH!  
Aku akan rasa lebih bodo kalu aku share cerita pompuan jubo ayam tu kat sini!!!


1/7/12

Kembang berak dalam kete aku... dan aku terbelahak menahan bau sejauh 4 km. 
Bodo ko kembang!  Bontot tak berinjap.  1 jam perjalanan pun takleh tahan.


30/6/12

Meroyan dari pagi sampai pagi esoknya.  Selalu aku suka diam dan menyakitkan hati orang dengan diam aku.
Kali ni aku bercakap menjerit2 seperti bertih goreng meletup2 dan vodonya selalu tersasul mengabungkan perkataan seperti "bangpid" iaitu bangang dan stupid.  What flor.. dah tak reti sebut for... dan macam2 bodo yang aku buat bila aku marah!!!


29/6/12

Beli mende2 tak berkenaan dengan kehidupan sibuk aku seperti hati ayam, tongkeng ayam... udang bersaiz XXL dan bermacam jajan kerana laparrrrrrrrrrr..... 


28/6/12

Mengambek gambo dengan dlsr tanpa melihat.. hanya memetik ikut suka mak bapak tok nenek sedara jer.  Mungkin lebih dari 200 petikan.
Lihat dan delete hasilnya.  Hanya 1 jer yang aku suka.  Gambar selipar!


27/6/12

Curi daun anak pisang kat bawah flet ni... sebab nak buat nasik lemak esok.  
Nak curi daun lebar yang besar tak sampai dek tangan.


26/6/12

Belum nak jadi bodo tak bertempat.  Aku rengsa dengan mamat teller cimb ni, kelam kabut tak bertempat.  Pastu nak marah2 orang tak reti isi borang, siap campak borang ke tepi.  Nak jer aku sound...
"Relax la brader..."


25/6/12

Makan waffle semalam, buatan sendiri.  Sedap gak kalu reheat kan? Ranggup jer...


24/6/12

Letih buat keje..hingga tak sempat nak wat keje bodo.


23/6/12

Tak tau bodo ke pandai... aku letak air minum kucing atas meja kopi.. ibu kucing minum airnya, aku rasa air itu bagus untuk bersihkan mata anak kucing.
Kan, katanya air liur kucing ada penawar!


22/6/12

Bawak pad ke hulu ke hilir dalam poket sluar.  Aku lupa.  Bila aku selok poket... oh pad!  Lupa lagi..nak ambek hp, selok poket keluar pad.
Bodow!


21/6/12

Sebab nak kejarkan aku sampai dulu dari director, padahal dah pukul 8.25 tu..
Aku cucuh kunci opis dengan kunci rumah, vodo!  Nak cepat ada jer salahnya.
Lari turun tangga ambek kunci opis dalam kete, termengah memanjat tangga semula.
Aku 2 minit awal dari director aku.  Nasib.


20/6/12

Aku pandai hari ni


19/6/12

Habit aku akan tekan punat lock kat pintu bila nak tutup. Akibatnya aku terkunci pintu bilik dan kunci di dalam bilik.  Nak cepat tutup pintu berebut dengan anak kucing.  Asek nak masuk bilik aku jer.
Bernasib baik hp kat luar, call kawan soh anta kunci spare dari kilang.. klu tak, aku hammer kan jer lock tu.
Habit yang selalu menyusahkan aku.. ini bukan kali pertama.. berpuluh2 kali gini.


18/6/12

Aku bagi kat jurutol RM11.20.  Ngam2 duit tu.  Ready nak pecut bila poll tu terangkat.  Aku terpinga bila jurutol pulang kat aku RM4.00.
"Kak.. akak masuk dari Tiram.. kan?"
Kenapa aku tak ingat?!


17/6/12

Standard aku ni... kalu kat bilik mandi takde shower gel..aku buat shampoo jadi shower gel.. begitu sebaliknya, kalau tak de shampoo..aku jadikan shower gel sebagai shampoo aku.


16/6/12

Dah siap kunci umah, terlupa korset yang dah basuh, nak bawak balik kampung. Masuk balik umah, bukak korset yang aku pakai... basuh dan sidai.  Sampai kampung baru perasan tak bawak korset lain yang kononnya aku nak ambek tadi.
Perhhhh... venci tau... misti perot aku nampak boroi masa ambek gambo nanti!


15/6/12

Pagi lagi dah wat keje vodo.  Sos dari roti ala benjo aku jatuh kat lengan baju. Aku isap sos itu dan akibatnya baju aku ada tanda merah sos dan kuning telo.
Aku buat takpe, jgn anak aku buat.  Aku marah!


14/6/12

Handphone aku mengelungsur keluar dari celah lubang kaki seluar. 
"Oh!.. bila masa poket seluar ni bocor?"
Raba2 poket... okeh jer. Tak bocor pun.  Rupanya aku masuk handphone bukan di poket, tapi di pinggang seluar.


13/6/12

Aku habiskan berpuluh2 helai kertas kat opis hanya sekadar memphotostat tapak tangan aku.
Hehehe... bodo tak?