Monday, 16 January 2012

SAUJANA mata memandang...

Aku start sakit perot, hari Jumaat malam Sabtu sampai sekarang.

Sangat merengsakan kerana sakit hanya akan datang, bila aku makan sahaja.  Jika tak menelan apa-apa, perot aku akan OK.  Sakit begini buat aku malas ke klinik.  Kalau sakit berterusan, cepat jer aku g cek.

Namun begitu, sempat jugak aku break sakit perot aku ni.  Pagi Sabtu aku terus makan ubat pochai pagi2 sebab nak g melantak tengah hari.

Saujana mata memandangkan tempat ni...


Nama Restoran ni pun SAUJANA... dekat dengan area Gelang Patah.



Selain dari pegi Kukup dan Senibong, tempat ni juga menyediakan Restoran atas air untuk menikmati masakan seafood.


Aku pilih package untuk satu table RM230, boss aku bayar.  Yang lain terpaksa menurut perintah saja.



Siakap 3 rasa
Bawal masam manis
Sotong Goreng Tepung
Udang Butter
Sayur Campur
Kailan Ikan Masin
Tomyam
Jus Oren & Tembikai
Buah-buahan

DAN...


Ketam Bunga Stim





















Akhirnya....  konon malu-malu derang ni.... ujung2, letak sudu garpu.. gigit ketam sampai merecik2 ke orang sebelah.


Bos aku yang kena kuar duit dan tak paham kenapa aku sibuk2 ambek gambar makanan.
Ini baru aku pakai kamera kotak... kalau bawak dlsr, terus boss aku ternganga rahang ke bawah.


Dah kenyang... balik laa sambil menikmati pemandangan dan angin laut petang.

Tak lupa sambung sakit perot.  Asek benti kat petrol station jer...