Dah lama aku tak beli novel.
Entah tiba-tiba semalam, aku terpandang novel ni kat kedai mamak, terus capai dan beli. Aku dah tahu pun jalan ceritanya sebab aku pengikut blog novel acik lana
Being aku...Aku akan layan cerita2 online time aku sarapan, lunch... tea-break. Ataupun semasa update report.. termasuk cerita dari acik lana ni la... seronok berangan2 camni. Leh wat aku tersengih2. Bahasa adik ni pun santai jer. Relax otak bila baca.
Habit aku membaca sambil buat macam2 kerja ni, penah ditegur oleh MIL aku. Ada aku ambek port? Takde okeh... Lama2 dia juga terpaksa terima sikap aku tu, macam parents aku terima sikap aku ni.
Ini aku.
Makan megi kari kosong (baru terasa leh makan semenjak sakit perot 2-3 hari ni).
Sambil baca novel 'AKU BUKAN MISTRESS'
Sambil capai tempeyek (maklumlah tokeh tempeyek..sentiasa ada stok)
Sementara tu,..bukak radio 'SINAR' dengo orang wat cetusan rasa.
Sambil2 menunggu air yang ditenggek mendidih. Aku ni pelupa...Kang tak ditunggu..kering air dalam cerek tu...