Friday, 13 January 2012

BANANA NUGGET...

Yuhuuuu...

Seperti yang dijanjikan aku nak bagi resepi banana nugget a.k.a cokodok pisang. 

Ada rasa nak tempeleng aku?  Opppssss... Tunggu...

Entry ni khas aku tujukan buat Aini..  Seorang kawan yang selalu akan tanya resepi yang mudah2 dan instant tapi kalau dia buat selalu tak jadi.  Jadi aku bagi resepi step to step.

**Mat Gebu pengsan**

Okeh.. kita mulakan langkah setiap langkah.

1.  Ambek pisang dah diblend macam hari tu...


2. Setengah sudu kecik garam


3. Setengah sudu kecik serbuk penaik.


4. Masuk dan gaul rata dalam pisang lenyek tadi.


5. Letak 1 setengah senduk tepung gandum. 
    Aku soh agak2 kang, ko tu Aini.. misti kata agak2 tu berapa banyak?


6. Gaul rata.  Nengok kelikatannya nak kena macam tu.. tak lembik, tak keras.


7.  Goreng dengan minyak yang lebih sikit laa... jangan kedekut, cokodok nak terapung pun tak de tempat.


8.  Comey tak cokodok aku?  Bulat2 macam aku gak... sila masak bagi cekelat gelap.  Baru sedap.


9. Angkat dan tos. 
   Jangan kedekut nak beli tisu dapo tu.. ada cantik sket dari pakai suratkabar kan?...
   Dakwat suratkabar pun tak ada nak melekat kat makanan.



10.  Boleh dah nak dihidangkan atau dibungkus untuk bekalan ke tempat keje.

Kan?  10 langkah yang mudah jer...



** Oiit..pompuan, ko berjanji manis dengan aku ek?... Kata nak jumpa aku sebelum pindah Kuantan... manah ko sekarang?  Senyap sunyi sepi...