Tuesday 7 March 2017

PUTUS CINTA

Aku ingat cerita cinta yang terkubur di tengah jalan, akan terbiar menjadi sejarah.

Takde ungkit2... tak de dikenang2.

Rupanya tidak....

Ramai yang suka mengungkit kisah silam yang pilu.

Kalau bukan si empunya diri, kawan2... sedara mara.. keluarga.

Aku bengkak mata ni... puas dah aku berdoa lepas putus cinta, aku lupa siapa dia...apa baiknya dia... apa jahatnya dia... doa aku makbul selepas 10 tahun.

Ye tuan dan puan... 10 tahun ambil masa untuk melangkah meninggalkan kenangan dengan rasa senang hati.

Lepas 13 tahun... ada pulak yang mengungkit... satu....satu...satu....

Perrrhhhhh... bagai ditusuk sembilu  katanya.

Kalau kita meninggalkan seseorang tu, lain..... kalau kita yang ditinggalkan... rasanya lain... dan kalau kita ditinggalkan lagi sebulan nak kawin, semua dah ready....lagi lain rasanya....

Tolonglaaa....

Kalo korang dari spesis yang suka mengungkit2 ni... sila nengok balik, sikap ko ni ok ke tak?

Penat tau nak ingat... nak nanges...lepas tu sambung balik menyumpah orang yang dah lama terkubur dalam ingatan.

Tolonglah!!!