Tuesday 27 October 2015

Malu dong malu dong ahhhhh!!!!!!

Ini cerita lama sebelum aku terperangkap dalam jamban hotel tu ari..

Korang tau kenapa aku kunci bilik beserta kunci bilik air dari dalam?  Tak tau kan ... tak taukan... sebab aku tak cerita. Kali ni aku nak cerita..pasalnya kenapa.

Suatu pagi yang penuh hingar bingar bebudak ni tengah mengemas bilik-bilik hotel lepas contractor buat keje..ada yang mengikis... ada yang mengemop... aku?

Standard biasa aku menekan keyboard.  Aku menjadi pekerja kemanjaan walau di mana aku pergi. Harap kawan2 sekerja aku tak berkecil hati dan mengumpat aku. (Umpat pun aku tak dengar...)

Tetiba perut memulas. Lari2 ambek kunci slot... terus pegi bilik sebelah nak guna jamban sana.  Aku tahu lock bilik air tu ketat, so aku ambek jalan mudah...tutup jer tak yah lock.  Bebudak keje lain pun sedang sibuk.

Ko... sibuk tak sibuk... tiba2 sahaja pintu jamban aku ternganga di tolak orang... budak tu terperanjat dengan baldinya... aku pun yang tengah duduk tayang perot tak terkata apa.  Terperanjat gila.

"Sori kak"

Kan.... maksudnya dia tahu le sapa punye perot tadi.

Bullshit.. taik kambeng..taik lembu. Aku tak tau nak kata apa.. takut terkunci dalam bilik air...tapi ternganga pulak aku menahan malluewwww... cuma takde adegan sensor kat situ la...

Dah tu... nak buat apa lagi?... tak sengaja. dah kemas baju suar sume... dehem2 buat muka selamba. Kuar dari jamban tu. Lepas tu budak tu, tak nak pandang muka aku pun... selalunya dialah paling suka mengepow makanan aku.. Aku dah tua ni buat muka bodo jer laa.. tak bagi tau sesiapa...tapi sekarang aku dah bagitau semua orang.

Cuma aku memang serasi dengan budak ni laa...dalam taknak pandang muka aku...tak nak bercakap dengan aku... aku dengan dia sering terserempak... sering nak berlaga...sering seiringan la senang cerita.

Hari ni dah ok laa... sebab budak tu dah tak malu nak mengepow makanan aku lagi... dah boleh bercakap dengan aku..

Alaaaa dek...akak ok jek la...