Wednesday, 23 November 2016
Dia Menangis... aku menyeka airmata sendirik
Kesentapan aku memang tak boleh nak dikawal laaa... Aku cuba berlagak tegas dan merealisasikan kepoweran yang aku ada...
*silang lengan macam otomen*
Bab bila orang menangis....aku terus lembik hati... hati aku basah lencun..air mata tak kuar ni kat dada macam empangan nak pecah.
"Setakat ini yang saya boleh tolong awak." Sambil menyerah RM20 atas permintaannya.
"Pulang uniform kat uniform room dan awak boleh balik."
Berhentikan pekerja walau dengan apa saja kesalahan adalah sesuatu yang paling aku nak elak. Takde wajah selamba kalau diberhentikan keje. Kesalahan yang memang jelas dari pihak pekerja juga meruntun jiwa kalau kena berhenti.
Muka mesti sedih. Lagi2 kalau merayu-rayu...
Lagi2 kalau menangis pegang tombol pintu sebelum beredar.
Matilamakkkk.... tak sabar aku nak soh dia tutup pintu tadi. Pastu,.. sessi aku menangis tenyeh sepeket tisu kat idung.
Sedih tau!!!
Tuhanku... semoga pekerja tadi akan dapat kerja yang lebih baik dari sini. Berubah sikap tak selalu ponteng... masalah keluarga selesai... ada duit nak sekolahkan anak...dan.... paling penting.... tak bawak parang panjang kat raga moto!