Tuesday, 6 March 2012

KE KUCHING KITE?..

Aku malas sebenarnya nak update mende2 camni.. biasanya aku dah balik berjalan mana2 tempat… upload gambar kat picasa.  Done!
Pastu wat trip berjalan tanpa pengetahuan sesapa lagi… itu rutin.  Pompuan sombong katakan..
Ini dia muka pompuan sombong dan kekwat.  Padahnya demam bila nak berjalan2.

Tapi tak pe… kali ni aku try buat.  Kononnya la… pastu link kat diary aku…tak payah wat 2 kali kan?  Cuma aku suka tuleh kat diary sebab aku leh merapu2 dan mengeji2 tak hengat dunia.
Aku ke Kuching ni tanpa perancangan!  Aku cuma book tiket nak ke KL jah… sebagai hadiah hari jadi pada kawan aku ni..   ala…masa promo AA yang seposen tu.. Cuma sebelum aku confirm payment, aku g gatai tangan nengok date yang sama ke Kuching.  Harga tiket pun sama… terus tukar destination.  Mudah dotcom kan?
Aku pun jenis larung , tak kisah apa2 pun.  Setakat nak takut2.. tak penah pegi… tak de pengalaman, ini masanya kita cari pengalaman sendiri.
OK..  start cerita. 
Kawan yang aku bawak ni… aku panggil T jer..  Sangat eksited nak naik kapai terbang.  Asek calling2 aku mengingatkan aku tentang trip pertama dia nak naik flite.  Aku asek dok ingatkan dia soh jaga kesihatan.  Makcik ni alah sikit…penat, sakit… salah makan, sakit… tension, sakit.  Hujung2…  malam sebelum berangkat ke Kuching,  aku  yang demam!

Pompuan muka eksited nak naik flite - T

Demam macam tak larat nak berjalan pun.  Aku kesian nengok muka makcik ni dah sugul.
“Kak… klu ko tak larat sangat.  Kita cancel jer pegi ni… kesian ko.”
“Tak pe… aku try makan panadol.. nengok camne.” Sambil selubung…  kejap panas kejap sejuk..  Selang 3 jam aku telan panadol.
Aku bagi beg “aisah” soh dia packing.  Aku booking luggage tok sorang jer.  Aku lambakkan barang2 aku dia pack.  Aku terbongkang.
Pagi2 sebelum nak pegi, pala aku pening lagi…nak muntah lain…  sarapan milo O jer.. dengan 2 sudu nasik goreng.  Klu tak demam, tak 2 pinggan, bukan aku yang breakfast tu…
Soh kawan aku hantar kat Senai… masing2 risau nengok aku.  Aku cuma risau, aku muntah terbelalah kat dalam flite.  Pening ni.  Berbekal soluble dan panadol dah ditelan siap2, aku terbongkang lagi dalam flite.  Kesian T, tak dapat nak share kegembiraan dengan aku.  Aku serah kamera pada dia.. Set pada auto. Pandai2 nak ambek gambar apa…
“Kak, leh amek gambar awan? Pramugari tak marah ke?”
Aku takat angguk jer…
“Kak, gegar2 kapalterbang ni kak… kita masuk dalam awan..”
Aku angguk lagi…  Kesian ko T… tak dapat nak bergelak ketawa dengar aku mengalan2 dia atau merapu wat lawak bodo.
Awan tak berapa nak NANO. 
T bukan main suka berada di atas dari awan

Dalam 1 jam 20 minit perjalanan, sampai kami ke Kuching.  Aku rasa dah okeh sikit…. Mana tak ok nya…orang makan nasik… aku makan ubat tak abeh2.  T bertouch up2 nak bergambo sana sini.  Aku tukang petik, takat petik jer, tak de nengok lebih2… nasib la kamera ni leh auto.  Auto jer laaa.
Selesai urusan imigresen, aku terus ke kaunter teksi.  Tunjuk address Liwah Hotel, bayar RM26.00.. aku terkedang dalam teksi lak… tak bercakap2.  Untuk kesekian kalinya, kesian ko T.
Aku dah booking siap2 bilik ni… rega RM85 semalam.  Okeh laaa… Cuma takde water heater walaupun ada bathtub.  Tapi bathtub dia berkerak, aku tak berselera nak mandi berendam2 bagai.  Masak air, tutup lubang singki… aku mandi air panas tadah dalam singki.  Siap!
T soh aku tido jer… tapi aku cakap dengan dia, takat nak tido, baik aku tido kat umah aku.  Dah sampai jom uolsss!!  Kita naik sampan!
Jom makan dulu sebelum menapak.
Tak abeh makan uolssss.... DEMAM!
Aku tanya jalan nak ke Waterfront tu kat kaunter… tunjuk2 macam dekat… jalan punya jalan… sampai menapak ke atas bukit.
“Aku rasa kita sesat laa….  Takdenya sungai kat atas bukit!”
“Aku tanya kat guard tu kak…”  Nasib bawak orang yang ringan mulut.
“Turun ini bukit.  Ikut kirik.  Nanti kamu jumpak itu patung kucing ramei2..  Mahuk yang sikok kena ke sanak lagi..”  Lepas ucap tima kasih, kami blah sebab guard tu tak abeh2 bercakap lagi…

Jumpa jugak patung kucing tu… matahari petang menyengat2.  Kete banyak lalu lalang… kami jer yang berposing sakan kat situ.  Pastu ajak T pegi naik sampan, walopun tak tau mana hala nak tuju… larung jer laaa…
“Bang, naik sampan kat sini ke?”  Gitu soklan ko…  Adik ni pun kata ye… balik nanti singgah kedai dia…katanya.  Kami pun kata OK.


Si T ni… pelatah… masing2 berat badan boleh menyengetkan kapalterbang, apatah lagi sampan kecik ni… asal berpijak jer… sampan senget.  T melatah.  Aku dok dalam sampan ni… si T nak mengekor aku.
“Ko dok sebelah sana!  Kang 2-2 dok sama, senget sampan ni, terbalik kang!”
Tu diahhhhh….dah mula mukadimah lorat aku tu… itu tandanya aku dah sihat.  Aku pegi nak memborong kek lapis Sarawak ni… aku tak de la suka sangat.  Tapi kalau ini dah trademark pegi Sarawak, apa salahnya memborong.  Aku pegi kat kedai Mira.  Katanya kek dia leh tahan.  T yang sibuk merasa.  Aku tekak pahit.  Dia kata sedap aku pilih.  Masalahnya tiap kali rasa dia kata sedap.  Dahlah banyak jenis.  Last2, aku soh dia pilih 5 tok aku… dia pun 5…dapat free 2.  Packing sekali, bayar RM100.

T - berposing depan kek lapis

Dan….merengkek dia bawak kek sekotak naik sampan semula….  Tadi sampan senget bila pijak, ini makin senget.
“Oh, burit ko..sampan terbalik!”  Ramai yang gelakkan dia melatah..  Aku sengeh2…dlm sampan aku saja2 olengkan sampan tu…
“Kak… aku tak nak lagi naik sampan kak…. Kalah naik flite mabuknya….”
“Hamboi…hamboi….. naik sampan bayar 50sen… tak sampai 2 minit, mabok ko ekkkk???... flite tak mabok?”
Riuh rendah kami dalam tu… berborak lagi dengan makcik2 dalam tu… al-maklum. Peramah.
Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.


Ini dia muka kakak kekwat

Naik atas, terus g kedai adik tadi… borong gelang pulak.  Aku beli 1 jer… RM4.  Yang ada tuleh Sarawak.  T beli sebeban.  Terus pakai.
“Laaaaa….. orang Sarawak pun tak pakai gelang camni punya banyak… kan dek?”  Adek tu sengeh2 jer…  Makcik sorang ni still mengayakan gelang, terangkat tangan sana sini.
Dah puas menerai segala jenis barang kat situ… kami nak meronda nengok apa ada kat ujung sana.  Soh adik ni jaga kotak kek, kami berjalan. 




Mula2 still OK… bila kaki dah melecet, kami nak menapak semula ke kedai adek tadi… berjalan dah macam penguin. 
“T, kasut crocodile aku ni dah mengigit.”
“Tulah ko kak…ko dah gigit kasut tu sebelum ko pakai ke?”
“Dah… depan belakang aku dah gigit.”
“Lain kali jangan beli kasut buaya…memang mengigit… ko beli brand lembut2 macam brand Kuching”
“OK..jom cari selipar Kuching…”
Pusing2 tak jumpa… sampai aku melangkah longkang besar depan McD tu… sebab nampak kedai kasut, taknak pusing jauh.  T pun aku paksa lompat…  “ko kakkkk….. jangan aku tergolek masuk longkang beso ni dah…”
Takde yang berkenan.  Last2…aku kelepet kasut belakang aku ni…tak tahan melecet… buruk pun buruk laa… janji tak jalan macam penguin.
Tergelak2… terkentut2… menapak balik hotel…. Letak barang…turun balik.  Makan kat chili pepper ni… tulah kedai yang ada dan paling dekat dengan hotel.
“Tomyam, baby kalian ikan masin, telur dadar, nasik putih 2”
Pegi jauh2 menunya tetap sama.  2 orang makan dalam RM18.  Siap dengan air.  OK laaaa….  Cuma tekak aku ni masih tak nak terima makanan.  Macam tak sedap tekak.
Sambung esok ek... aku nak g settlekan keje duluk.