Thursday, 16 February 2012

ADEK@BANG CHIK DAN Panhypopituitarism

Ini anak no. 2 aku.  Lambat sket nak kenalkan.  Aku pikir banyak kali nak letakkan cerita dia dalam ni atau tak.  Takut dia tak setuju atau malu.. 

Bila aku cakap mak nak amek gambar adek dan cerita kat kawan2 mak... dia ok jer.


Ini dia ketika berusia 1 tahun 5 bulan.  Dekat atas buggy kat HUKM, Cheras.  Bila aku nengok gambar ni... aku sebak.  Dia sangat kecil dan chomel seperti bayi 7 bulan tapi dah pandai berjalan.

Aku tak mahu menulis tentang perasaan aku ~ seorang ibu.  Aku jugak tak mahu memberi ulasan panjang lebar mengenai panhypopituitarism

Cuma kepada mereka yang diluar sana.. jika ditimpa dugaan sebegini.  Kita kena tabah.  Mungkin ada insan diduga yang lebih berat dari kita.

Cuba baca majalah solusi isu no. 40, oh! itu isu poligami...tapi mukasurat 30 dan 31 mengenai anak istimewa.  Sebenarnya kita diduga untuk menjadikan kita lebih tabah dan keras jiwa terhadap sesuatu masalah.


Ubat perlu diambil setiap hari. 

Pemeriksaan perlu dijalankan setiap 3 bulan di HUKM (sebab pakar di sana) semenjak adek lahir.


Ini growth hormone yang perlu diambil setiap hari jugak.




Ye...ia adalah berbentuk suntikan.

Ini telah diupgrade menjadikan suntikan lebih mudah.  Dulu aku injek adek, seperti misi-misi yang injek pakai jarum yang panjang tu.....


Berbelas tahun menginjek orang.. aku dah tak takut dah....



Boleh injek di perut, di peha, di lengan mengikut kehendak hati si adek.



Sekarang adek dah besar... dia kelihatan normal sahaja. 

Syukur sangat2 kerana adek tak mengalami apa yang dikhuatiri biasa terjadi pada pesakit seperti ini... (kena tanya doktor yang lebih arif).

Pengalaman membesarkan anak begini.. sehingga sekarang, adalah sangat sukar. 

Ye...kita cuma perlu tabah dan REDHO.