Mak aku dah kuar spital semalam.
Tima kasih pada kawan2 yang mendoakan kesihatan mak aku.
Tima kasih jugak pada pengalaman kerana tersangat bosan...aku belajar jugak mengupdate blog pakai henpon. Walopun mahu butah matah! Walopun pada awalnya... henpon aku panas kerana lama sgt mengodek tak jadik2.
Orang lain berzaman guna henpon untuk apa2 pun...aku takat sms dan call jek.. masa membeli sebok memilih yang nak wifi laa.. nak touch screen laa... apa orang nak..aku nak.. tapi tak reti guna..
Berbalik pada tajuk.
Aku lepas mengemop lantai opis bukan kerana aku rajin.. tapi kerana membawa jiwa lara... jiwa kecewa... jadi aku hayun mop tu tanpa berpikir-pikir...
Lihat kejadian ini...
(gambar tak terang, aku bawak henpon c2 je tadik)
Ikan Majlis Perbandaran aku terlentang...
Bubu aku tenggelam tak bernyawa....
Ikan tak berupa yang aku dah tak kenal ..
Ulat-ulat berselerakan dalam akuarium.
SEDEH!!!
Seko ikan pun tak selamat...
Rumah aku blackout semasa ketiadaan aku... dari mata kasar aku..mungkin lebih 5 hari kalau camni...
Berkejar nengok fridge... Ulat2 telah berkeliaran di tepi pintu...
Aku nak menangis. Tapik walopun berjurai airmata...sume ni aku kena bersihkan sendiri.
Aku call maintenance soh cek letrik aku... tak sampai 5 minit dah ada karen semula... aku ambek plastik itam...terus aku campak segala apa yang ada dalam peti es... Banyak giler ikan, udaM.. Hayam.. sotoM.. aku beli konon wat stok sebelum raya cina tu ari...
Budak tu offer nak tolong aku buang ikan2 mati tu... aku ok kan jer... Busok jangan cerita laa... 1 rumah.
Aku gi opis...pala aku kosong. Aku paling sayang ikan koi besar aku tu... aku bela dari kecik... cik puteh ayu aku tu... dah takdir kan?
Sampai opis semula aku menangis beria-ria... sambil mengemop lantai.
Gitu kisahnya aku hari ni.....
Huhu..