Saturday, 31 December 2011
SELAMAT TAHUN BARU...
Rerama lah sangat kan....
Aku malas nak search yang berkelip-kelap tu...
Okeh... nak ucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru ni akan memberi kita ketenangan, ketabahan.. dan kematangan dalam menjalani kehidupan. Walaupun apa dugaan-Nya.
Aku arap jugak aku mampu bertahan menghapdate mende-mende merapu dalam blog ni. Takde apa sebenarnya tujuan berblog aku ni. Sekadar nak letak gambo dan syok2 sendiri. Lagipun mende ni free pun...tenyeh je laa.. Sekurang2nya pun aku belajar sket2 apa yang aku tak tau. Kalau tak cuba, kita langsung tutup peluang untuk tahu.
Kalau nak dapat apa-apa info dari blog aku ni... memang takde. Aku sendiri bukan infomatif orangnya. Kalau aku tahu pun, aku lebih suka buat tak tahu.
Nak tahu kisah hidup aku pun... tak berapa nak ada kot. Aku dah ada diary sendiri yang aku update bila aku rasa nak memaki orang... atau pada masa aku berduka nestapa.. yang bila aku tuleh, aku tak penah pikir rasa orang. Takde edit2. Cerita2 bodoh tentang aku.. sume dah ada tempatnya. Tapik bukan di sini.
Pun tidak disediakan ruang komen. Aku memang tahu ruang tu..akan jadi ruang berhantu tak berpenghuni.
Bagi 2 - 3 kerat kawan2 aku yang baca blog ni... terima kasih kerana tak menjadikan aku seorang yang bercakap sendiri seperti orang gila.
Bagi kawan2 yang aku letak gambar2 lama... aku seboleh2nya melihat agar gambar tu tak menjejaskan imej korang. Kalau ada tersilap atau tak suka, boleh email atau sms aku... Kadang2 kita sebagai manusia ni tak perasan membuat kesilapan.
Akhir kata sebagai penutup tahun 2011 ni... sebelum aku balik kampung ni...
"MAAF ZAHIR BATIN"
**mode cuti-cuti dan beraya.... oyeeahhhh.... aku cuti 4 hariiiiii!!!!!!**