Hari ni hari lahir ke-73 tahun. Bukan aku.. tapi emak aku.
Aku ada cerita disebalik pemberian hadiah aku ni pada mak aku...
Begini... sekian lama mak aku bercakap mahukan TV untuk dia sendiri. Tak kuasa berebut-rebut dengan anak2 aku yang gangster kampung pisang tu. Walaupun dah ada 2 tv dan 2 astro masing2. Mistilah bebudak menang. Kan?
Pun kata2 dari emak aku, bukan takat TV biasa2 ni... teringin nak TV beso yang nipis tu. Aku pun plan nak bagi TV ni sebagai hadiah.
Suatu hari, aku dah tercepat beli... akupun terus menerai di rumah aku sendiri. Bila melihat gambo yang beso.. yang nampak lubang idung bak kat BW tu... serta ciri2 yang lebih canggih boleh cucuk itu dan ini. Aku terkesimarama. Aku pun mahu!
Terus niat nak bagi mak aku tu macam dah samar2 dah... macam nak ganti dengan hadiah yang lain.
Suatu pagi minggu lepas.. aku memandu ke pejabat dari kampung. Sepanjang perjalanan merentasi highway tu... Aku teringatkan mak aku. Aku macam sayu..teringat dia melambai2 sebelum aku bertolak tadi dari rumah.. sebelah tangan memeluk anak aku yang kecik. Betapa besar pengorbanan mak aku... jaga aku masa kecik sampai sekarang...pastu jaga anak2 aku lagi. Dah lah kurang kudrat, kerana aku anaknya... dia kuatkan juga semangat kot.. Sebagaimana aku kuatkan hati dan semangat nak membesarkan anak2 aku.
Apa yang aku leh bagi pada pengorbanan mak aku yang tak ternilai tu?
Apalah sangat TV beso tu kan?
Ternyata sampai jugak TV tu ke tangan mak aku...
"Selamat Hari lahir Mak... Kak Lang saaayyaaaaannnnnggggggg sgt kat mak"
Kali ni mungkin mak aku akan kalah dengan cucu2 berebut TV beso pulak...w/pun aku dah warning awal2..
"Kalo opah nak nengok siaran apa.. bukakkan untuk opah..jangan korang berlagak mcm korang punya TV. Ini OPAH punya TV!"
Aku tau... haarreeeemmm mau ingat.
Maka aku kekal dengan si chumel 19" aku ni.... dan
Aku rasa dia sangat kecil sekarang.