Ini baru nak cerita kenapa aku masuk ke kedai India.
Suatu ketika dulu, ada sorang pekerja dari India ni mengirim aku beli kopi. Tidakkah korang merasa aku sangat baik kerana melayan kehendak pekerja2 sendiri?
"Kaka...coffee buy" sambil hulur duit RM10.
"What coffee? Name?"
"Glass bottle kaka... brew name"
English aku jangan kira lah sekarang, sama jer pesen derang... kalau aku pakai english standard maknanya aku bercakap sorang jer... derang tak paham.
Aku pun melilau ke Tesco, ke Giant... ke JJ.. ke kedai runcit.. nama Brew tu pun tak penah dengar. Last2 aku beli nescafe 3-in-1.
"Take. Put hot water. Drinks." Dengan rasa terpaksa jantan india ni terima nescafe tu..
Satu hari tu... aku hantar sorang pekerja ke kedai India, mati2 nak g kedai India jugak... nak beli sabun. Aku pun masuk sekali...ronda2 kedai tu... baru aku perasan ada kopi Brew itu...
Ejaan dia BRU laaa... bukan BREW...
Aku pun beli... untuk aku dan spare satu kalau si jantan India tu nak kopi Bru. Bila aku tanya dia... dia kata dia tak minum Bru lagi... dia dah minum nescafe 3 in 1, sebab mudah nak sediakan.
Last-last aku pulak yang ketagih Bru ni...asal abeh jer..aku beli. Rasanya macam nescafe jugak cuma lebih pekat sket.
Saad, cawan aku tu menunggu jer nak isi kopi buatan mak ko....