Yang aku maksudkan ialah kedai India yang import segala jenis barang dari India.. hatta ubat gigi pun dari sana.
Aku pengemar barangan silver. Masalah utama silver ni ialah cepat jadi hitam kalu pakai hari-hari. Masa aku banyak duit, aku hantar ke kedai nak cuci silver ni.. 1 barang cuci dalam 5-8 ringgit.. kalu berbarang2? Maksud aku banyak barang... dalam RM30-50 abes kat situ jer..
Aku penah beli bahan pencuci silver tu dari kedai silver.. dalam RM8 gitu... Rendam 4-5 jam dan basuh semula.. ala-ala jer kekilatan dia.
Pehtu.. aku berkenalan dengan kedai india ni... (ada sebab kenapa aku berkenalan). Banyak barangan silver ni termasuk periuk belanga. Kat situ terselit juga bahan pencucinya. Jadi aku try laa... aku beli yang kecik jer dulu...RM3.90 jek
Jenama pun PITAMBARI'S kan?.... Aku beli yang ni sebab ada tuleh omputeh kat belakang tu.. ada brand lain2 jugak.. tapi tuleh tamil... Bahawasanya aku belum lagi belajar Tamil.. sedangkan aku kat bank tadi, orang kat kaunter tu cakap Tamil dengan aku tanpa usul periksa...
Huhuhu... adakah aku berwajah ala-ala Kajol atau Kojol?
Prosesnya mudah sajork..
1. Tonyoh barangan silver dengan cotton bud.. atau kapas.
Nampak kan perbezaannya?
Ia akan mengeluarkan bauan seperti teroksidan (ada gaya saintis tak?) Haha.
2. Dah abes proses penonyohan, serta merta lah membasuh barangan dan tangan dengan air sabun dan bilas serta lap kering.
3. TARAAAAA.... sila lihat keputusannya sebelum dan selepas.
Jimat banyak dahhhhh......