Hari Sabtu hari tu, aku ada aktiviti di sini;
Tempat ni jugak, dekat dengan kampung aku. Aku nak bagi tau apa yang ada dalam resort ni.. (iklan tak berbayar).
Ada pokok belimbing buluh uuuu.... terus aku teringat nak masak gulai lemak cili api telur itik letak belimbing ni... perrrhhhh...sedap. Pokok kari yang merimbun daunnya. Agaknya chef kat sini petik2 jer kalu masak kari. Juga kelapa yang berguguran.
Bilik yang tersusun kemas dari pandangan luar dan swimming pool di tepi laut.
Ya...ini dia swimming pool yang meriah (pada hari tu...). Aktiviti paling disukai oleh anak-anak aku kalu ke hotel atau resort.
Bunga-bunga yang menarik di sekitar resort.
Makanan tanpa nasik aku..... huaaaa...huaaa..huaaaa... rasa nak menangis nengok orang makan nasik!
Lobby yang dihias dengan peralatan muzik lama-lama.. termasuk ikan puyu, sepat dan ikan2 paya yang aku tak tau namanya.
Dan tentulah private beach... aku tak ke pantai nak nengok ada remis ke tak... takut pegi sengsorang. Dulunya pantai Desaru ni... banyak remis.
Tentunya kawan aku yang hensem ni boleh dihubungi kalau nak tempah bilik ke.. nak wat function ke...
Kan Lias?...
**kelip-kelip mata**..."takde complementary voucher tok aku ke, Lias?"