Friday, 25 November 2011

CILI ITU PEDAS


CILI KEMBAR MELEKAT

(KHAS BUAT SUAMI ~ SELAMAT HARI LAHIR)




Kita ini ibarat cili kembar melekat,
Dipisah tidak sempurna bentuknya...

Ditoreh mercik pedih ke mata,
Digosok memijar ke kulit,
Digigit pedas terasa,
Dibiar pasti kering.

Biarpun PEDIH, PIJAR dan PEDAS...
Itu adalah antara rasa-rasa kehidupan,
Biarpun ianya MELEKAT semacam cacat,

BIARKAN.....

Suatu masa biji cili yang kering itu
pasti menjadi benih!

Kerana Allah memberi hikmah pada setiap kejadian.