Wednesday, 30 November 2011

Alahai...

Ini adalah akibat daripada sikap aku sendiri yang tidak ramah pada orang.

Aku memang tak ramah.  Aku memang sengaja buat muka tak ramah.  Jarang sangat aku ada kawan merangkap jiran aku.  Sebab?  Aku tak suka bertengek di tepi tangga atau di depan pintu sambil mencerita tentang orang lain.. termasuk cerita politik.  Aku tak suka. 

Kalau tak kawan, kalau tak rapat, aku takde masalah untuk memberi alasan bila tak mahu. 

Lagipun aku rasa tak ramai antara "mereka" yang boleh menerima kegilaan dan keganjilan perilaku aku.  Di luar nampak ok... tapi di dalam?...

Masuk rumah aku pun dah ada ciri2 ganjil di situ.  Jadi bila tak ramah, tak rapat dan tak kawan... "mereka" tak bertandang ke rumah aku.  Kan?

Ada buruk sikap ni jugak... orang kata aku sombong, berlagak... macam bagus.  Walopun sombong, aku tak mengata orang... Tak jugak mencebik bibir macam orang mengata aku.

Juga buruknya, bila aku dilanda masalah...aku kena settle sendiri.. sebab tak kawan dengan orang kan?... Takkan bila susah baru terhegeh2 buat muka ramah?

Aku terpaksa merempat di opis sendiri malam tadi. Rumah aku blackout akibat hujan lebat.  

Bukan tak boleh sewa hotel budget... 

tapik... itulah, nak merasa tido di celah kabinet dan kerusi meja...dan di bawah cctv!